Blog Archives

Bermulanya semester baru

Photo0797

Setelah sebulan bercuti..akhirnya penggal semester ke 4 dibuka kini.  Tak sabar nak mulakan semester 4, memandangkan dengan bermula semester 4 ini, bermaksud tinggal satu tahun lagi sebelum aku bergraduasi, penamat kepada semua beban. Waktu ini, aku dah sibuk berfikir apakah tajuk untuk projek final nanti. Masih lagi terkial-kial untuk memilih bidang untuk tahun ketiga nanti. Tapi buka penggal semester ini,banyak pula yang berlaku kat rumah aku. Sekarang ini kalau cuci kain atau mandi, air akan melimpah keluar sampai dekat kawasan tangga, teringin nak adukan masalah kat pihak yang berwajib tapi macam agak mustahil untuk dilayan memandangkan ini adalah semester terakhir kami semua di KKIP ( menurut dari sumber yang 50/50, kononnya KKIP akan berpindah, cuma tidak pasti di mana tempat kami akan dipindahkan). Lampu bilik air baru semalam dibaiki, nasib baik dibaiki kalau tidak satu semester kami bergelap.

Photo0801 Lantai yang sentiasa basah, jadi terpaksa di lap dan disapu airnya.. Leceh tapi terpaksalah juga.

 

 

Photo0799Pekerja-pekerja kontraktor yang memulakan tugas membaik pulih bekas-bekas rumah pelajar untuk kegunaan pihak seterusnya… Semestinya akan merindui perumahan ini, satu hari nanti. Cukup untuk isu rumah dan KKIP…harapan untuk semester ini supaya aku akan lebih berjaya berbanding semester lepas dan yang pasti dapat menumpukan lebih kepada pembelajaran di universiti. 🙂

 

 

 

Program Khemah Kerja Pewaris Muda Perdana 1 Malaysia Peringkat Sabah 2011

Siaran tertunda : Program ini berlangsung dari 22-24hb Disember 2011

Program ini adalah program kedua yang aku sertai di KKIP nie…..selepas Program Khidmat Masyarakat di Kg Unggun Jaya, Sepanggar. Sebenarnya aku agak teruja untuk menyertai program ini memandangkan merantau dan meng”explore” suasana kampung. Perjalanan ke Kg. Kuala Abai mengambil masa hampir 1 jam setengah dan sepanjang perjalanan banyak pemandangan menarik dapat dilihat sebagai sajian mata. Keindahan yang harus dikekalkan untuk tatapan generasi masa hadapan. Sepertimana yang aku cakap, perjalanan memang menyeronokkan..tapi tiba-tiba bertukar cemas…. hahahaha…. Sebab? Aku tak tahan nak terkencing..sampai sahaja di Pusat Latihan Khidmat Negara, Kota Belud..terus aku berlarian mencari tandas dan misi dilaksanakan. Moralnya, jangan minum banyak air. Sesampai di Kg Kuala Abai, disambut seperti VVIP. Aku melihat riak wajah masyarakat Kampung yang menerima kami..amat teruja dan pengalaman aku pula yang pertama menjejakkan kaki ke kampung ini sebab kebanyakkan kampung yang biasa lawat semua dah jadi moden. Tenang dan mendamaikan. Hari pertama, agak cuak dengan keadaan tandas dan tempat mandinya, maklumlah pertama kali….. Agak susah untuk membiasakan diri apatah lagi dilayan bagaikan puteri..eh salah dilayan bagaikan putera… Keluarga ini banyak mengajar tentang nilai kekeluargaan dan saling menyayangi antara satu sama lain.. Harta benda bukanlah segalanya..dan tidak menjamin kebahagiaan….apa guna ada wang tapi kebahagiaan tu jelas tiada…… Hari kedua pula dihabiskan pada waktu paginya dengan aktiviti senam seni..best sgt…hehehehe.. Belajar tarian manuk manuk malukun… A new dance for me…but nice…. then…we are being given a chance to spend a time with family so they decided to bring me to seashore enjoying a nice scenery of Kota Belud….my words..is WHOA!!!! A nice place to get away from hectic life in Kota Kinabalu especially as a student… During night…we are enjoying our self…Pentarama, an entertainment form….. And finally Last Day is the best of all…we dance till we drop…hahahahaha…i can’t forget today and forever …. Bila tengok orang berpisah dengan family masing-masing, ada pula yang sedih. Mungkin aku tidak menampak rupa fizikal kesedihan yang aku alami tapi biarlah di hati jak yang mengetahui 🙂

 

Setinggi tahniah untuk semua yang menganjurkan program Anak Angkat, medium terbaik mendedahkan pelajar kepada kehidupan bermasyarakat. Tahniah Jabatan Penerangan Sabah, Jabatan Penerangan Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah

DAN paling penting Kolej Kediaman Indah Permai UMS….terutama sekali

Pengetua Kolej Kediaman Indah Permai : Prof Madya Dr Piakong Tuah,

YDP JAKMAS IP : Marina Matusop