Monthly Archives: September 2010

khas untuk JPP….

Setelah hampir satu semester…JPP menaiki takhta kepimpinan kolej…sehingga kini kita masih belum lagi melihat perubahan yang dijanjikan melalui manifesto semasa pilihanraya….di manakah janji anda…. Janji yang hanya tinggal janji…

Dimanakah janji anda……

  • Menyeragamkan harga makanan di semua kafe.
  • Mengatasi masalah air.
  • Mewujudkan kembali perkhidmatan wireless di kolej…..
  • Mengatasi masalah anjing di blok perempuan.
  • Mengatasi masalah lalat di kafe.
  • Mengatasi masalah alat penghawa dingin di kesemua dewan kuliah.
  • dan banyak lagi…(aku pun dah lupa….

dan jika dilihat kepimpinan JPP, tahun ini sememangnya menyedihkan..JPP gagal menyerlahkan kepimpinan mereka. jika dilihat dari aspek pengurusan majlis perhimpunan…masalah lagi kelam kabut….Yang Dipertua masih lagi “nervous” sewaktu memberikan ucapan atau dalam bahasa kasarnya “melalut”…..sungguh menyedihkan. Adakah tahun ini…JPP hanya menjadi perhiasan semata-mata. Buktikan!!!!!!!!!!!

Advertisements

UPSR Penulisan Updated Rumour Tips

KHAS UNTUK ADIK-ADIK….

Rumors have been circulating regarding the Bahasa Melayu Tips for this year!!! We have not confirmed and validate the tips but we would like to share out with the rest

Please take not that in order to get those validated tips, you will need to purchase a copy of Exam Tips.

Rumors Tips: Selangor —-> Sahabat Saya, Hobi and Faedah Mengisi Masa Lapang, Aktiviti Mengisi Masa Lapang
Rumors Tips: Pg ———-> Aku Sebatang Pen, Keluarga Saya

berita harian.

Sedutan dari berita harian online…..

TUANKU Muhammad Faris bertemu dengan pembesar negeri  selepas  majlis pemasyhuran sebagai  Sultan Kelantan ke-29 di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.

TUANKU Muhammad Faris bertemu dengan pembesar negeri selepas majlis pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan ke-29 di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.

Kerajaan negeri yakin pengisytiharan selesai kemelut institusi Istana Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berharap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan yang baru mulai semalam, menyelesaikan semua masalah yang menyelubungi institusi Istana Kelantan sejak setahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau yakin pelantikan baginda mampu menyelesaikan masalah serta kecelaruan yang timbul selama ini.

“Saya bersyukur, segala masalah yang timbul dan celaru selama ini, insya Allah boleh selesai. Saya meminta semua rakyat Kelantan berdoa semoga Tuanku dapat menjaga negeri ini dengan selamat,” katanya selepas menghadiri majlis menghadap Tuanku Muhammad Faris Petra dan santapan tengah hari di Istana Kubang Kerian dekat sini, semalam.

Majlis itu berlangsung selepas Nik Aziz mengumumkan pengisytiharan pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan ke-29 menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak lebih setahun lalu.

Berikutan pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra itu, Nik Aziz menggesa semua pihak berkepentingan dapat menerima baginda dengan baik, bagi menyelesaikan semua masalah.

“Jika ada tukul atau pahat yang masih berbunyi, minta simpan dalam kotak masing-masing, rumah sudah siap, pahat tidak perlu berbunyi lagi.
“Selama ini, rakyat selalu bertanya, tetapi saya nak jawab tidak boleh kerana amat menghormati institusi Istana Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Badan Perhubungan UMNO Kelantan melahirkan rasa syukur kerana majlis pemasyuran Sultan Kelantan yang baru itu berjalan baik dan licin.

Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata UMNO Kelantan mengucapkan setinggi tahniah kepada Sultan Kelantan yang baru dan yakin pemerintahan baginda akan terus meletakkan Kelantan ke tahap lebih tinggi dan menjana kemakmuran untuk dinikmati seluruh rakyat negeri ini.

“Saya meminta seluruh rakyat memberi taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Kelantan yang baru dan kita juga akan memberi sokongan padu untuk melihat Kelantan menjadi negeri lebih maju pada masa depan,” katanya yang menghadiri majlis itu bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

BIODATA
Tuanku Muhammad Faris Petra

  • Tarikh Lahir – 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
  • Anak sulung daripada empat beradik.
  • 6 Oktober 1985 – dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan
  • 24 Mei 2009 – dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan.PENDIDIKAN
  • 1974 – 1975: Prasekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu.
  • 1976 – 1981: Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan.
  • 1983-1989: Melanjutkan pengajian di The Alice Smith School, Kuala Lumpur dan Oakham School, Rutland, England.
  • 1989-1991: Melanjutkan pelajaran dalam bidang Diplomatic Studies di St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies.
  • Mendalami pengajian di Huron University College, London dalam bidang Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan.
  • Kursus Hubungan Diplomatik di Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
  • European Business School London dalam jurusan ‘European Business Administration’.HOBI
  • Membaca, ekspedisi pacuan empat roda, golf, kuda lasak, menembak, Memanah, badminton, bola sepak, bowling.AKTIVITI SOSIAL DAN AGAMA
  • Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana.
  • Ziarah masjid dan solat sunat Tarawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan.
  • Mendampingi alim ulama.KETENTERAAN
  • Brigedier Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.
  • Kemasukan Sesi Disember 2010

    Click Here

    Tiga gadis hilang selepas beraya…..

    Tiga gadis hilang selepas beraya…..

    • FotoNURULASHIQIN dan kembarnya, Nurulain.
    • FotoSuhaily

    Ibu dua beradik kembar buat laporan selepas anak tidak pulang jam 11 malam

    KAMPAR: Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di sini, pada hari raya kedua Sabtu lalu.

    Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata mereka dikenal pasti sebagai Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain bersama rakan, Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa di sini.

    “Ibu kembar itu, Harliza Samah, 44, membuat laporan polis apabila anaknya tidak pulang selepas 12 jam keluar rumah pada hari raya kedua,” katanya di sini, semalam.

    Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga remaja itu belajar di Sekolah Menengah Sentosa, Pekan Baru, di sini.

    Sementara itu, Harliza berkata, anaknya meminta izin keluar pada hari raya kedua untuk mengunjungi rumah rakan.

    Katanya, beliau ada bercakap dua kali dengan Nurulain pada jam 3 petang dan 7 petang tetapi panggilan kira-kira 11 malam tidak berjawab, lalu membuat laporan polis.
    “Ketika bercakap dengan Nurulain, dia memberitahu mereka masih ada di pekan dan dalam perjalanan pulang.

    “Saya mula tidak sedap hati apabila mereka masih tidak pulang sehingga jam 7 malam.

    “Saya bertambah panik apabila gagal menghubungi telefon bimbit ketiga-tiganya sebelum membuat laporan polis pada jam 11.07 malam,” katanya.

    Harlizah berkata, sehingga jam 6 petang semalam, beliau belum menerima sebarang berita daripada anaknya atau polis.

    masalah air di KML…..

    Sejak cuti UPS…masalah air di KML kian memuncak…jika dahulu hanya pelajar perempuan sahaja yang terganggu namun kini pelajar lelaki turut terkena impak sekali….. penderitaan yang tidak sudah-sudah. para pelajar kini kian tertekan menghadapi masalah air….ditambah dengan kepadatan jadual menjelang PSPM I (2010/2011)…menambahkan lagi keperitan pelajar baik lelaki atau perempuan… diharapkan akan ada jalan penyelesaian diambil untuk mengatasi masalah ini…..

    Hello…..

    new in here’s….

    trying my best to give a very commentary about an issue that happen in and outside my country…..

    Hello world!

    Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!