berita harian.

Sedutan dari berita harian online…..

TUANKU Muhammad Faris bertemu dengan pembesar negeri  selepas  majlis pemasyhuran sebagai  Sultan Kelantan ke-29 di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.

TUANKU Muhammad Faris bertemu dengan pembesar negeri selepas majlis pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan ke-29 di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.

Kerajaan negeri yakin pengisytiharan selesai kemelut institusi Istana Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berharap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan yang baru mulai semalam, menyelesaikan semua masalah yang menyelubungi institusi Istana Kelantan sejak setahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau yakin pelantikan baginda mampu menyelesaikan masalah serta kecelaruan yang timbul selama ini.

“Saya bersyukur, segala masalah yang timbul dan celaru selama ini, insya Allah boleh selesai. Saya meminta semua rakyat Kelantan berdoa semoga Tuanku dapat menjaga negeri ini dengan selamat,” katanya selepas menghadiri majlis menghadap Tuanku Muhammad Faris Petra dan santapan tengah hari di Istana Kubang Kerian dekat sini, semalam.

Majlis itu berlangsung selepas Nik Aziz mengumumkan pengisytiharan pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan ke-29 menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak lebih setahun lalu.

Berikutan pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra itu, Nik Aziz menggesa semua pihak berkepentingan dapat menerima baginda dengan baik, bagi menyelesaikan semua masalah.

“Jika ada tukul atau pahat yang masih berbunyi, minta simpan dalam kotak masing-masing, rumah sudah siap, pahat tidak perlu berbunyi lagi.
“Selama ini, rakyat selalu bertanya, tetapi saya nak jawab tidak boleh kerana amat menghormati institusi Istana Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Badan Perhubungan UMNO Kelantan melahirkan rasa syukur kerana majlis pemasyuran Sultan Kelantan yang baru itu berjalan baik dan licin.

Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata UMNO Kelantan mengucapkan setinggi tahniah kepada Sultan Kelantan yang baru dan yakin pemerintahan baginda akan terus meletakkan Kelantan ke tahap lebih tinggi dan menjana kemakmuran untuk dinikmati seluruh rakyat negeri ini.

“Saya meminta seluruh rakyat memberi taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Kelantan yang baru dan kita juga akan memberi sokongan padu untuk melihat Kelantan menjadi negeri lebih maju pada masa depan,” katanya yang menghadiri majlis itu bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

BIODATA
Tuanku Muhammad Faris Petra

  • Tarikh Lahir – 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
  • Anak sulung daripada empat beradik.
  • 6 Oktober 1985 – dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan
  • 24 Mei 2009 – dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan.PENDIDIKAN
  • 1974 – 1975: Prasekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu.
  • 1976 – 1981: Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan.
  • 1983-1989: Melanjutkan pengajian di The Alice Smith School, Kuala Lumpur dan Oakham School, Rutland, England.
  • 1989-1991: Melanjutkan pelajaran dalam bidang Diplomatic Studies di St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies.
  • Mendalami pengajian di Huron University College, London dalam bidang Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan.
  • Kursus Hubungan Diplomatik di Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
  • European Business School London dalam jurusan ‘European Business Administration’.HOBI
  • Membaca, ekspedisi pacuan empat roda, golf, kuda lasak, menembak, Memanah, badminton, bola sepak, bowling.AKTIVITI SOSIAL DAN AGAMA
  • Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana.
  • Ziarah masjid dan solat sunat Tarawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan.
  • Mendampingi alim ulama.KETENTERAAN
  • Brigedier Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.
  • About ignatiusjohn

    Universiti Malaysia Sabah, Industrial Chemistry Final year student Twitter : https://twitter.com/IgnatiusMicky Facebook : http://www.facebook.com/Ignatius John

    Posted on September 14, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: