khas untuk JPP….
Setelah hampir satu semester…JPP menaiki takhta kepimpinan kolej…sehingga kini kita masih belum lagi melihat perubahan yang dijanjikan melalui manifesto semasa pilihanraya….di manakah janji anda…. Janji yang hanya tinggal janji…
Dimanakah janji anda……
- Menyeragamkan harga makanan di semua kafe.
- Mengatasi masalah air.
- Mewujudkan kembali perkhidmatan wireless di kolej…..
- Mengatasi masalah anjing di blok perempuan.
- Mengatasi masalah lalat di kafe.
- Mengatasi masalah alat penghawa dingin di kesemua dewan kuliah.
- dan banyak lagi…(aku pun dah lupa….
dan jika dilihat kepimpinan JPP, tahun ini sememangnya menyedihkan..JPP gagal menyerlahkan kepimpinan mereka. jika dilihat dari aspek pengurusan majlis perhimpunan…masalah lagi kelam kabut….Yang Dipertua masih lagi “nervous” sewaktu memberikan ucapan atau dalam bahasa kasarnya “melalut”…..sungguh menyedihkan. Adakah tahun ini…JPP hanya menjadi perhiasan semata-mata. Buktikan!!!!!!!!!!!
Posted on September 14, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0