Tiga gadis hilang selepas beraya…..

Tiga gadis hilang selepas beraya…..

  • FotoNURULASHIQIN dan kembarnya, Nurulain.
  • FotoSuhaily

Ibu dua beradik kembar buat laporan selepas anak tidak pulang jam 11 malam

KAMPAR: Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di sini, pada hari raya kedua Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata mereka dikenal pasti sebagai Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain bersama rakan, Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa di sini.

“Ibu kembar itu, Harliza Samah, 44, membuat laporan polis apabila anaknya tidak pulang selepas 12 jam keluar rumah pada hari raya kedua,” katanya di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga remaja itu belajar di Sekolah Menengah Sentosa, Pekan Baru, di sini.

Sementara itu, Harliza berkata, anaknya meminta izin keluar pada hari raya kedua untuk mengunjungi rumah rakan.

Katanya, beliau ada bercakap dua kali dengan Nurulain pada jam 3 petang dan 7 petang tetapi panggilan kira-kira 11 malam tidak berjawab, lalu membuat laporan polis.
“Ketika bercakap dengan Nurulain, dia memberitahu mereka masih ada di pekan dan dalam perjalanan pulang.

“Saya mula tidak sedap hati apabila mereka masih tidak pulang sehingga jam 7 malam.

“Saya bertambah panik apabila gagal menghubungi telefon bimbit ketiga-tiganya sebelum membuat laporan polis pada jam 11.07 malam,” katanya.

Harlizah berkata, sehingga jam 6 petang semalam, beliau belum menerima sebarang berita daripada anaknya atau polis.

About ignatiusjohn

Universiti Malaysia Sabah, Industrial Chemistry Final year student Twitter : https://twitter.com/IgnatiusMicky Facebook : http://www.facebook.com/Ignatius John

Posted on September 14, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: