Monthly Archives: May 2011

Nilai diri anda

Hari ini, rasanya nak berbicara pasal budak-budak zaman sekarang yang aku rasa seolah-olah sudah tidak ada unsur malu atau ketimuran dalam diri…

1. Pakaian

Soal pakaian anak gadis masa kini…dedah sana, dedah sini..macam kain kat Labuan ini tak cukup untuk menutup badan mereka. Rasa bangga di hati, bila lelaki lain tak berkelip mata memandang, itulah simptom dorang ini….. Apa la nak dibanggakan dengan badan anda yang sepatutnya disimpan dan bukannya menjadi tatapan umum masyarakat. Analoginya mudah, memakai pakaian seksi yang mencolok mata sampai segalanya terdedah supaya diri terasa lebih cantik berbanding orang lain. Kawan aku pernah bertanya katanya adakah aku menyukai wanita yang seksi…jawapan aku mudah….TIDAK.Tidak guna..kalau seksi tapi nilai harga maruah diri umpama besi buruk tak berguna lagi.

2. Budaya Lepaking di Ujana Kewangan yang tak sudah-sudah.

Sebenarnya pelik aku tengok budak-budak zaman sekarang….melepak merupakan kelaziman diri..tak lepak tak sah lepas tu mula la nak menagih duit dari mak bapak yang umpama bank dunia bagi dorang. Alangkah lebih bagus jika masa itu digunakan untuk menelaah pelajaran..belajar di rumah..tolong ibu bapa ..

 

3. Budaya “COUPLE”

Memandangkan aku nie..ada di Ujana Kewangan selalu….kadang-kadang aku naik geram tengok gelagat budak-budak berasmara dana kat UK nie…..nak tegur tapi takut ntie ..kita pula yang kena terajang…tapi adik-adik sekalian..fikirkan la..klu betul-betul cintakan buah hati tu…maka ingat la satu perkara…”anak orang tu yang kau pegang…klu rasa nak hidup senang maka belajar la bersungguh-sungguh..takut ntie susah kehidupan kau waktu nak kahwin nanti..anak orang bukan mcm kita bela kucing…..senang diberi…senang dibuang”……

 

Tiga permasalah yang menyakitkan hati dan jiwa aku…namun apa yang pasti benda ini pastikan terus bertambah akhirnya memakan diri masyarakat Malaysia…….

Advertisements

Friendship…..that last forever

Terima kasih semua…terima kasih kerana memberikan sokongan kepada aku yang saat ini masih lagi bersedih atas keputusan yang aku dapat. Apapun hidup harus diteruskan juga..suka atau tidak, perkara itu sudah terjadi dan aku tidak boleh terus menyalahkan diri aku sendiri atas apa yang berlaku, mungkin bukan rezeki untuk aku mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat matrik. aku sedar di saat inilah.ramai yang datang menghulurkan bantuan, memberikan kata-kata semangat kepada diri aku untuk kembali berdiri dan terus menghadapi dugaan dalam hidup. bahkan ada juga yang mencadangkan beberapa jurusan untuk aku ambil, dan aku menghargainya. Mungkin dari aspek luaran aku nampak tenang tetapi dari dalamnya. nyata jiwa aku bergolak, hendak menangis namun tangisan tanpa airmata…. kata-kata kawan aku..bukan universiti yang menjadi kayu ukur kejayaan seseorang tetapi diri kita sendiri. Oleh itu, hari ini aku berjanji kepada untuk bangun biarpun pedihnya masih ada. Buat kawan-kawanku terima kasih banyak dan keluarga..terima kasih kerana memahami aku.

Pengajaran paling berharga dalam hidup…

Hari tanggal 18 Mei 2011, detik yang sekali lagi merubah segalanya bagi aku…..jika hari ini semua orang bergembira dengan keputusannya, maka berbeda dengan keadaan diri, yang nyata masih terkejut dengan permainan hidup ini. rasa menyesal dalam diri timbul, kenapa tak struggle habis-habisan. Kenapa aku give up waktu itu….dan kini terbuktilah segalanya. merenung jauh ke masa depan….aku terfikir apa yang harus aku lakukan demi menebus kesalahan di waktu matrik. silapnya hanya pada satu subjek..namun semuanya hancur begitu sahaja…. Bagaimana nak kulakukan….. Isi UPU pun macam dah lemah semangat..rasanya macam nak nangis ja…… macamana nak explain kat parents……that the most important that i should..but how? either yes or no..i have to do it… I can say that i want to further my study rather going to SPA…and repeat again the thing that i have learnt for last two years. And how could i say sorry to all my lecturers for my bad result…..i tried my best but i didn’t  its end like this… sound terrible……goshhhhhh……. thanks to all..for giving support….

Salah siapa?

Di mana  silapnya kita??

Semalam aku pergi ke hospital…kononnya aku perlu disuntik memandangkan aku kerja di Kentuck Fried Chicken (Financial Park)..jadi kami perlu di berikan suntikan ubat demam kepialu. Sebenarnya bukan isu suntikan menjadi masalah di sini. Tetapi..bila aku tgh seronok menunggu giliran aku…tiba-tiba ada satu keluarga duduk di depan aku. bukan niat nak mengadili sesiapa..tapi bila aku melihat gelagat ibu bapa ni..aku tertanya-tanya..patut la meningkat masalah kes ni di Malaysia. Nak tau apa?? Si ibu mahupun si bapa dengan selamba meninggalkan anaknya..sendirian yg tgh tidur di depan aku. biarpun apa juga alasan si ibu atau si bapa…jangan sesekali meninggalkan anak tanpa di jaga biarpun untuk jangka yang sekejap. kesilapan ni lah yang mengundang permasalah “anak hilang”.  di mana rasa tanggungjawab anda sebagai ibubapa…..jika anda sanggup meninggalkan anak anda sendirian. fenomena begini..bagi aku ..terutama di Labuan…seolah-olah biasa dilakukan. si anak dibiarkan keseorangan tidak terjaga…..ke sana ke mari berjalan ….namun anaknya tidak diendahkan keselamatannya..smpai bila benda ini harus berlaku. jangan sampai terjadi sesuatu perkara barulah kita terkial-kial mencari penyelesaian. Jaga anak anda ibarat pertama kerna hilang nya permata itu tidak akan dimampu sudah kelak.

MY BFF….