Permasalahan yang melanda

Bulan lepas dan bulan ini banyak menguji kesabaran dan ketabahan aku sebagai manusia. Kronologi permasalahan yang tidak sudah-sudah. Namun aku tetap tabah melalui setiap detik yang berlalu dengan memperincikan setiap penyelesaian kepada permasalahan aku. Mula-mula bekerja di KFC, entahlah macam menjadi satu kesilapan pulak aku bekerja di sana…kenapa?? Sebab aku merasakan aku tidak berapa sependapat dengan pihak pengurusan yang terlalu menekan pekerja mengharapkan hasil kerja yang baik namun secara puratanya mereka tidak pernah mengambil kisah akan permasalahan staff mereka. Contohnya, kalau CMS keluar, result down. alangkah baiknya jika mencari punca kepada masalah itu daripada mencari kesalahan mereka. Aku juga sebahagian daripada cashier -cashier ini so aku pun memahami perasaan mereka. kemudian, masalah slip result aku yang pergi entah ke mana. Perkara yang boleh membuatkan aku tidak betah untuk duduk diam, naik gila gara-gara perkara. telefon keluarga di sibu bertanyakan khabar mengenai surat aku langsung tak ada, pergi ke pos office pun perkara sama juga berlaku… ke mana perginya surat itu??? Lalu aku memberanikan diri bertanya ke pejabat pos office, layanan yang diberikan sangat teruk, orang di kaunter seolah-olah malas hendak melayan aku..lagaknya begitu kurang ajar sekali. Macam tiada istilah kesopanan dalam melayan pelanggan. Kalau pun tidak mahu menjawab persoalan aku, biarlah bersopan sedikit. Walaubagaimanapun, bersyukur juga aku sebab bertembung dengan kerani KML, dan aku memberitahu masalah aku, dan dia pula bersetuju untuk membantu. Langkah pertama, dia mengarahkan aku memberinya nama, no matrik, kad pengenalan dan no telefon. Kemudian, keesokkan harinya dia menelefon aku, dan menyatakan aku perlu membuat surat rasmi kepada kolej. dan kini, aku selesai menghantar surat tersebut pakai faks…..dan aku hanya perlu menunggu..sampai hujung bulan ini. Kalau tidak, maka terpaksa aku menggunakan pendekatan kedua, menelefon ke kolej, merayu…biarlah kalau sampai merangkak ke KOLEJ pun aku sanggup sebab ini pasal future aku.

About ignatiusjohn

Universiti Malaysia Sabah, Industrial Chemistry Final year student Twitter : https://twitter.com/IgnatiusMicky Facebook : http://www.facebook.com/Ignatius John

Posted on June 22, 2011, in myself. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: