TITIPAN KASIH UNTUK F4T21…

Dah lama nak bercerita pasal tutorial F4T21 nie…tapi belum terbuka hati aku nak bercerita. Tapi semalam aku teringatkan korang semua..rindu nak belajar….rindu nak stay up late bukan nak online tapi sebab nak belajar dan buat tutorial atau tiru report eksperimen orang lain.. Perjalanan di F4T21 dititipkan dengan pelbagai kerenah plus drama, terutama ketika drama ICT4ME…rasanya sebab time tu semua nak tunjuk hebat kot dan time tu kami belum rapat sepenuhnya jadi rasa untuk berkumpul sebagai satu kumpulan dan work together as one team tu belum wujud sepenuhnya.

Pelbagai drama yang berlaku bila dingat kembali rasanya macam bodoh pula. Aku yang muda ini susah nak kawal kak-kak dan abg-abg time tu…(😛 ). Time tu memang rasa menyampah dengan semua orang sebab xnak bekerjasama lepas tu berlagak sombong pula tu. Tapi kesemua berlaku dengan keadaan begitu juga tanpa mewujudkan rasa permusuhan antara kita. Kata orang, kena hidup professional..kerja adalah kerja dan bila bukan waktu kerja kita adalah kawan.. Habis ICT4ME…..dan selepas tu tak banyak sangat pun benda yang interesting berlaku kat kami cuma waktu tu tutorial F4T21 popular sebab kewujudan seorang insan yang kuat ponteng sampai satu kolej tau.  Semester 1 melabuhkan tirainya begitu sahaja dan menyaksikan satu demi satu kawan-kawan F4T21 meninggalkan kami. Memandangkan semua sibuk dengan persiapan masing-masing untuk PSPM 1 dan MUET….busy la sgt time ini.

Semester 2….membuka jendela…semester kedua di matrikulasi tidak banyak menduga perkara yang tak diingini berlaku. Perkara yang menghighlight F4T21 pun waktu join kawad kaki….tu pun..drama air mata pun byk berlaku.Sebabnya terlalu byk tenaga pengajar so I yang muda nie pun jadi singa cute yang memarahi dorang. Sapa suruh…lepas kena marah…semua ok balik..semua seperti dalam perancangan. For your information…aku memang tak suka nak marah-marah orang dan itu bukan sikap aku..tapi kalau dah sampai kronik…maka berhambur dan tersembur la air liur aku untuk korang…jahat memang jahat tapi untuk kebaikan semua pihak. Tapi orang kata la….drama itu tidak sia-sia malah membuahkan hasil dan kita jadi Naib Johan untuk Kawad Kaki…..dan kenangan di manja rasa akan I sampai bila-bila…..thank untuk Ummie Umairah sebab hadiahkan baju…..suka baju tu…sebab ngam2 kat badan..boleh tayang body (huhuhuhu…seksi ker??)….macam orang kata la…..u guys will never be replaced…..by anyone… Macamana pun….korang tetap satu…dan tiada keduanya…..

SINI….nak juga menyelitkan sebab dan penyebab kenapa aku selalu ponteng……

  1. Kalau aku dah ngantuk sangat pagi-pagi tu ditambah pula dengan kelas or kuliah yang aku tak berapa suka….aku akan extend waktu tidur….lepas tu pura2 berlakon….terover tidur…
  2. Kalau waktu tengahari…..time aku selalunya akan tidur…so bila bangun…segalanya dah kusut masai..air liur basi dah meleleh kat pipi….so aku akan tidur balik…..malas nak cuci muka so tidur balik.
  3. Lepas tu, kalau tiada air…..alasan paling konkrit la…sebab aku malas nak cari air…lepas tu angkut air pergi tandas…..jadi untuk mengurangkan kelenguhan tangan…aku sambung jak tidur.
  4. Alasan seterusnya…kalau aku dah plan something…contohnya…..nak cuci kain….so aku sanggup ponteng untuk menjayakan misi aku….
  5. Paling best punya….kalau aku dah tengok drama korea….semestinya aku akan memonteng kan diri sebab mau kasi habis….(semangat mau kasi abis cite korea)…..
  6. Seterusnya…kalau time lecture phy..dan Sir Zulfadhli yang mengajar….lebih baik aku tidur di bilik…..buang masa ja pun kalau datang…tiada guna pun…
  7. Hahaha…paling last….klu mimpi yang best…..lagi la aku ndak mau bangun….biar la sampai tengahari aku memonteng…yg penting mimpi aku berjalan ja…..bestnyer…..

Lepas tu….aku check di system MIS….jam kredit ponteng…..32 jam……hehehehe

About ignatiusjohn

Universiti Malaysia Sabah, Industrial Chemistry Final year student Twitter : https://twitter.com/IgnatiusMicky Facebook : http://www.facebook.com/Ignatius John

Posted on August 29, 2011, in BFF, Labuan, myself, relationship, Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: