Nilai moral yang hilang…..

Sebenarnya terdetik di hati nak menulis pasal isu ini…bila aku masuk kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia tengahari tadi. Minggu ini kita dah digemparkan dengan pelbagai isu yang paling hangat kes di negara kita sendiri iaitu kes pembuangan bayi dan isu ini makin kritikal apabila bayi itu bukan sahaja dibuang tapi dikerat sehinggakan menampakkan ususnya… Satu pandangan yang tidak mengambarkan kita sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya prihatin dan penuh dengan kasih sayang. Saya sendiri sebagai manusia terkejut dengan tindakan pelajar tersebut dan memikirkan bagaimana dirinya sanggup melakukan perkara itu dan saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keperitan yang dialami oleh bayi tersebut. Bagi saya, biarpun apa juga alasan yang diberikan mahupun kesannya kepada pelajar tersebut, kita tidak layak untuk melakukan perkara sebegitu terhadap orang lain apatah lagi darah daging. Sekiranya tidak mahukan anak itu, letakkan anak itu di tempat yang selamat contohnya di hospital, pusat penjagaan dan bukan bertindak sedemikian. inilah masalah kita, remaja kita..apabila bercinta segalanya soal salah dan betul ¬†diketepikan dan apabila terjadi sesuatu yang diluar jangka….tindakan sebegini pula di ambil…..Kenapa tidak fikir, salahnya dan kesannya ketika melakukan, jangankan sudah terhantuk baru hendak terngadah….nasi sudah jadi bubur. Jangan hanya berfikir tentang keseronokan sahaja..ingat akibat apabila melakukan sesuatu perbuatan yang ternyata akan memberikan kesan buruk. Bila dah terjadi perkara sebegini, nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa, dan lebih mengecewakan lagi diperlakukan sebegitu rupa….itu bukan sikap manusia dan jauh dari norma manusia. Sedangkan haiwan menyayangi anaknya, inikan kita…manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran yang baik….tidak mampu untuk berfikir dengan matang dan baik. Ingat…cerminan masa kini…tidak menjamin segalanya…..jangan kerana perasaan cinta yang membuak terhadap lelaki atau teman lelaki anda…maruah tergadai dan lebih memburukkan lagi jika anda hamil…… Fikirkan……kesan dan akibatnya….Jangan jadi buta…kerna godaan dunia.

About ignatiusjohn

Universiti Malaysia Sabah, Industrial Chemistry Final year student Twitter : https://twitter.com/IgnatiusMicky Facebook : http://www.facebook.com/Ignatius John

Posted on October 20, 2011, in masyarakat, myself, relationship, Wanita and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: