Bermulanya cerita baru……

Sebenarnya this semester, admin tersangat la busy dengan isu-isu akademik…. mana yang mau bahagikan masa untuk belajar dan diri sendiri… Jadi agak sukar untuk admin mengemaskini this blog…smpai berhabuk rasanya this blog… Baru sekarang admin ada masa nak kemaskan segalanya. Banyak admin nak cakap pasal benda yang berlaku di sekeliling admin dari aspek persahabatan sampai la ke isu akademik.

Admin, sebenarnya terkilan dengan perangai kawan admin yang kat matrikulasi dulu la…. Dulu time nak berpisah dorang cakap jangan kita lupakan antara satu sama lain, dan dorang cakap jangan sekali menyombong antara satu sama lain. For the record, admin tak pernah sombong dengan dorang dan bila jer admin online facebook dan kebetulan dorang ada waktu itu juga..admin akan tegur. Tapi sayangnya…dorang pula yang menyombong dengan admin. Apa yang buat admin betul-betul terasa hati bila dorang offline sebaik sahaja admin menegur mereka di facebook dan paling teruk sekali yang mengaku hendak tidur tapi yang sebenarnya dorang tak nak melayan kita. Bukan admin nak mereka menghabiskan sepenuhnya masa mereka kepada admin tapi sekurangnya janganlah membuat kawan kita begitu. Bagi admin, tindakan mereka tersangatlah kejam sebab yang terseksa adalah admin bukannya mereka.

Lepas tu pasal isu UMS lagi…banyak benda yang berlaku kat universiti aku, this semester. Dari isu PTPTN yang lambat masuk…sampailah kepada kerenah birokrasi yang melampau. Aku sebenarnya tak suka bila nak memburukkan orang lain tapi apa yang   buat admin, bila benda ini melibatkan kepentingan pelajar, isu PTPTN contohnya. Perlu diingatkan bahawa pelajar ini sememangnya bergantung dengan ptptn terutama sekali bila melibatkan kerja-kerja akademik. Group admin terpaksa membatalkan kajian lapangan disebabkan admin dan kawan-kawan, tidak ada peruntukkan tambahan untuk pergi melakukan kajian lapangan yang mungkin memakan banyak kos dan duit yang diberi oleh ahli keluarga pun cukup-cukup untuk makanan dan perkara lain. Namun, syukurlah perkara itu sudah selesai dan UMS pun sudah ditegur oleh pihak yang berwajib mengenai isu ini. Seterusnya mengenai perpustakaan. Ini lagi satu isu, hari tu admin pinjam buku dekat library dan hantar melalui drop book station tapi apa yang admin sakit hati dorang cakap admin belum lagi menghantar buku tersebut. Jadi dorang mengarahkan admin untuk mencari  buku tersebut atau admin terpaksa membayar ganti yang mencecah ribuan ringgit kononnya triple pay dari harga asal. Tapi sesungguhnya admin tidak berputus asa bahkan admin mencari buku tersebut sehinggalah admin berjaya menjumpainya dan yang menyakitkan hati admin lagi, bila admin berjumpa dengan kerani tersebut untuk menyelesaikan hal tersebut, kerani tu boleh membuat mimik muka yang tersangat menyakitkan hati dan seolah-olah admin ini sengaja or menipu dorang padahal yang menjadi mangsa adalah admin. Mereka yang gagal untuk memeriksa dan melakukan kerja dengan baik.  Setakat inilah luahan pemanis rasa admin….. hehehe….. Terimalah gambar terakhir dari admin mengenai persahabatan.

About ignatiusjohn

Universiti Malaysia Sabah, Industrial Chemistry Final year student Twitter : https://twitter.com/IgnatiusMicky Facebook : http://www.facebook.com/Ignatius John

Posted on April 11, 2012, in masyarakat, myself, social networking, Universiti Malaysia Sabah and tagged , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. sekarang ptptn da masuk kan.. jgn lupa belanja aku hahahha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: