Monthly Archives: December 2013

Tahun Akhir di UMS Sabah

Tahun 2013..merupakan tahun akhir untuk aku di UMS Sabah.. sepanjang tiga tahun di UMS, banyak mengajar aku tentang segenap perkara. Dari aspek kewangan sampailah kepada sahabat. Kalau kewangan, di universiti ini agak susah sikit sebab dekat dengan 1 Borneo, jadi selalulah kaki ini menjejakkan di sana, hang out sekejap sahaja pun..bukan shopping just cuci mata..

Image

Gambar yang aku ambil guna bb aku… tak cantik pun

Kalau bab pengurusan masa, i’m still the worst..waktu aku tengah menaip ini pun…i’m supposed to be busy with my final year year project…tapi disebabkan aku sudah berhari-hari menghadap laptop, aku jadi bosan. Jadi curi sekejap masa, menulis pasal tahun akhir aku di UMS Sabah…

Image

Jadual FYP aku… sekarang ini tgh edit slide..

Kalau pasal persahabatan, benda ini banyak menguris hati aku tahun ini. Aku tidak tahu mengapa, ramai orang terasa dengan aku terutama sekali bila part aku tidak melayan atau keluar jalan-jalan dengan mereka. Terus terang aku katakan, aku ini kadang-kadang ingin bersendiri, ingin merenung masa depan sendiri atau aku dalam keadaan mood yang tidak baik lantas aku malas nak melayan orang lain sebab aku takut aku terbawa-bawa emosi dalam bercakap nanti. Tapi apakan daya, orang tak pernah belajar untuk memahami kita, tapi terus menjatuhkan hukuman terhadap kita.. Disebabkan itu, aku menjadi dingin dengan orang begini, dan paling memburukkan keadaan bila memburukkan aku di facebook, dan yang pasti aku ingat sampai bila-bila kata orang tu yang menyamakan aku dengan anjing… bahkan mengatakan anjing lebih baik daripada aku.. Serius aku cakap, seteruk-teruk aku dihina, tapi menyamakan aku dengan anjing, adalah satu tindakan yang melampau dan bagi aku, pintu untuk bersahabat untuk orang yang begitu sudah tertutup untuk selamanya. Dan, kini aku rasa bebas sebab aku tak perlu nak jaga hati siapa-siapa. Aku bebas nak masuk dalam group yang aku suka tanpa aku perlu fikir pasal orang tu..

Image

Ayat ini macam betul jer bunyi dia….hehehehe….

Advertisements