Mengambil risiko?


“Admin executive sengkek tu pula buat cerita cakap aku nie makan gaji buta”

                  Risiko yang terbesar yang pernah aku ambil dalam sejarah hidup aku. Actually aku dah bekerja hampir  5 months, and should be next month aku akan “confirmation” dengan company ini. Dan selama hampir 5 bulan, aku bergelut dengan diri sendiri dari aspek nak membiasakan diri dengan keadaan sekeliling, di tambah lagi dengan keadaan kerja yang always have to standby 24/7 non-stop, membuatkan aku rasa payah untuk adapt myself. Mungkin kalau melibatkan soal kerja, aku rasa takde masalah kott, since I’m used to stress because of work but to make it’s worse, I xbole claim overtime, or any related to my work termasuk la claim transportation which are supposed to be covered by the company.

                    Aku rasa aku rugi dalam RM500++  everymonth dan di tambah dengan keadaan aku yang tak dapat claim overtime, just allowance yang berharga RM40.00 membuatkan aku rasa sangat-sangat rugi. Aku punya gaji kalau dah tolak semuanya adalah tinggal RM1700, belum lagi sewa bilik, makan dan minum dan termasuk transportation, mmg aku payah la nak survive dengan gaji macam ini. Tekanan dari management jangan cakaplah, menangis tu memang sebahagian daripada cara aku melepaskan geram. Geram bukan sebab apa, sebab kadang-kadang mereka memilih untuk tidak memahami aku, sebabnya aku agak limited untuk bergerak ke sana dan ke mari memandangkan aku takde kenderaan sendiri lagipun aku baru ja lepas grad, nak beli kereta memang payah la, sebab tak dapat nak menyimpan. Jadi solusinya, aku bergantung dengan kenderaan macam teksi dan teksi sapu.

.  67078_456749764394631_1896321406_n

                Dekat sini, pengangkutan awam sangatlah menyedihkan rasanya macam susah nak dapat… Bila ko dah bergantung dengan teksi, memang tinggi la kosnya tapi terpaksa. Setiap kali aku turun kerja or ada kerja luar, kira-kira RM60 akan terbang dari poket aku. Kiranya kalau 10 kali aku ada kerja luar, korang kira la sendiri.. kira hangus duit kat situ. Bila nak claim…admin executive pula banyak songeh, cakap ini tak boleh claim. Dia tak tau apa yang aku rasa, duit tu kottt….bukan air… Lepas tu bila aku takde kerja luar, so duduk la kat office untuk buat kerja lain, jadi bila kerja ko dah settle mestilah ko nak rehat kan. Admin executive sengkek tu pula buat cerita cakap aku nie makan gaji buta… hmmm…rasa nak tampar jer mulut perempuan puaka tu..tapi aku terpaksa bersabar..

                   SABAR untuk lebih 5 bulan, menjadi kurang sabar bila part aku nak bercuti, cuti untuk aku ambil test JPJ. Seperti biasa, aku akan apply seminggu lebih awal sebab tak nak ada masalah. Ok cuti dah approved!! Lepas dah approve..tiba-tiba dengan senang hati mereka nak cancel cuti aku tu… sangat menduga kesabaran aku… Tapi disebabkan aku ni jenis degil, aku teruskan juga. Lagipun cuti aku dah approve! Actually dah second time benda ini berlaku, dan aku dah rasa menyampah! Haritu time aku cuti, tiket flight semua dh beli dengan senangnyer boss suruh cancel. Hmm, mmg dah kencang time tu. Jadi setelah berfikir panjang, berbincang dengan family dan kawan-kawan; tanggal 21hb aku menyerahkan surat perletakan jawatan dengan 7 hari notis bermaksud 29hb akan jadi hari terakhir. Lokasi kerja aku, rasanya korang tau kot…

Oh ya….untuk pengetahuan korang, aku tak layak untuk dapat MEDICAL TREATMENT dari panel klinik company, aku pun tak tau kenapa”

Sekian untuk luahan perasaan kali ini….

wpid-img_20150318_203400

About ignatiusjohn

Universiti Malaysia Sabah, Industrial Chemistry Final year student Twitter : https://twitter.com/IgnatiusMicky Facebook : http://www.facebook.com/Ignatius John

Posted on July 27, 2015, in blogger, kerja, myself and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: