Category Archives: childhood

Salah siapa?

Di mana  silapnya kita??

Semalam aku pergi ke hospital…kononnya aku perlu disuntik memandangkan aku kerja di Kentuck Fried Chicken (Financial Park)..jadi kami perlu di berikan suntikan ubat demam kepialu. Sebenarnya bukan isu suntikan menjadi masalah di sini. Tetapi..bila aku tgh seronok menunggu giliran aku…tiba-tiba ada satu keluarga duduk di depan aku. bukan niat nak mengadili sesiapa..tapi bila aku melihat gelagat ibu bapa ni..aku tertanya-tanya..patut la meningkat masalah kes ni di Malaysia. Nak tau apa?? Si ibu mahupun si bapa dengan selamba meninggalkan anaknya..sendirian yg tgh tidur di depan aku. biarpun apa juga alasan si ibu atau si bapa…jangan sesekali meninggalkan anak tanpa di jaga biarpun untuk jangka yang sekejap. kesilapan ni lah yang mengundang permasalah “anak hilang”.¬† di mana rasa tanggungjawab anda sebagai ibubapa…..jika anda sanggup meninggalkan anak anda sendirian. fenomena begini..bagi aku ..terutama di Labuan…seolah-olah biasa dilakukan. si anak dibiarkan keseorangan tidak terjaga…..ke sana ke mari berjalan ….namun anaknya tidak diendahkan keselamatannya..smpai bila benda ini harus berlaku. jangan sampai terjadi sesuatu perkara barulah kita terkial-kial mencari penyelesaian. Jaga anak anda ibarat pertama kerna hilang nya permata itu tidak akan dimampu sudah kelak.