Category Archives: Labuan

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR

MERRY CHRISTMAS 

AND

HAPPY NEW YEAR 2013

SONY DSC

Tahun ini, aku mengambil kesempatan menyambut Hari Krismas biarpun berada di saat-saat akhir untuk peperiksaan. Aku balik ke Labuan tanggal 23hb December 2012 dan pulang ke Kota Kinabalu, tanggal 26hb December 2012. A very short time of spending my holiday with family. Aku balik pun sebab ahli keluarga aku asyik bertanya bila hendak pulang ke Labuan, mungkin rindu aku. Sambutan Hari Krismaas disambut sama sahaja seperti keluarga lain di dunia cuma tahun ini disambut dengan rasa kesederhanaan memandangkan ibuku baru sahaja sembuh dari kakinya yang patah. Hehe…..seronok dapat tengok ibuku dapat berjalan kembali seperti dahulu kala. Everything is fine.

Advertisements

IKLAN JAWATAN KOSONG SABAH 2012

IKLAN

JAWATAN KOSONG

KEKOSONGAN JAWATAN DI

RESTORAN KFC UJANA KEWANGAN

W.P LABUAN

 

ANDA MESTILAH

  • MAHIR BERBAHASA MELAYU
  • BERUMUR 17 TAHUN DAN KE ATAS
  • MEMPUNYAI KETAHANAN STAMINA YANG TINGGI

                                                             SEKIRANYA ANDA BERMINAT ,

                      SILA BERKUNJUNG KE CAWANGAN KAMI, DI KFC UJANA KEWANGAN.

ATAU

BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN

019-8214038

 

KITA Merdeka??

Sempena dengan kemerdekaan negara…pihak penulis iaitu saya ( Ignatius John)..mengambil kesempatan ini hendak menitipkan pandangan penulis mengenai kemerdekaan negara . Dan apa yang penting….jangan hanya pandai melaung MERDEKA……..sebanyak 7kali mahupun seribu kali…dan jika tidak ada pengertian mengenai kemerdekaan, tidak guna kesemua laungan tersebut.

Sebenarnya saya sendiri secara peribadinya agar gusar mengenai pengisian kemerdekaan dalam kalangan masyarakat kita. Bukannya berniat hendak membetulkan perancangan sesetengah pihak tetapi apa yang pihak penulis dapat saksikan mahupun perhatikan, pengisian kemerdekaan itu lebih bersifat retorik ataupun sikap sesetengah yang menganggap sambutan kemerdekaan bersifat perayaan merencatkan pengisian kemerdekaan yang sebenar. Yakni saya di pihak penulis ingin menegur sikap sesetengah pihak yang sememangnya mengerti akan seruan kerajaan dalam pengisian kemerdekaan dan contohnya adalah pengibaran jalur gemilang. Program kibarkan jalur gemilang merupakan rencana yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun apa yang menyedihkan adalah apabila seruan itu disahut dengan satu hasrat untuk meraih populariti semata-mata. Bendera dikibar di kenderaan mahupun di rumah…namun apakah yang mengibarkannya mengerti akan makna sebenar seruan kerajaan tersebut ataupun anda mengibarkan bendera hanyalah bersikap hangat-hangat tahi ayam. Jika benar menyintai negara, jangan hanya pada bulan kemerdekaan sahaja, bendera kebanggaan kita dikibarkan.

Persoalan utama di sini adalah sejauh manakah kita dinilai tahap patriotisme dalam diri kita. adakah dengan mengibarkan bendera, kita dikatakan bersikap patriotisme. Bagaimana pula dengan pihak yang tidak mengibarkannya? Secara peribadinya, saya di pihak penulis…tidak mengibarkan bendera Malaysia pada tahun ini… Kenapa? Kerana saya percaya bahawa jika saya tidak mengibarkan tidak bermakna saya tidak menyayangi Malaysia. Adalah perlu dingatkan bahawa pengertian kemerdekaan mahupun rasa cinta terhadap negara dizahirkan secara berbeza-beza namun apa yang pasti REMAJA MASA KINI SEMEMANGNYA CINTA AKAN NEGARA namun cara yang ditunjukkan adalah berbeza. jadi tidak wajar jika diperkatakan generasi masa kini sudah luntur nilai kemerdekaan. Jangan begitu mudah menghukum mahupun menyimpul kata tanpa melihat akan realiti yang sebenarnya.

Rakan 1 :” Eh…tahun ini..ada konsert ka di dataran…”

Saya : “tiada…kenapa jua…”

Rakan 1 : “aisehh…..boring ba mcm nie…tiada konsert…cuba la buat konsert ba..syiookkk…”

Inilah realiti sebenar, kerana lama sudah disuapkan dengan konsert kemerdekaan semata-mata maka konsert bagi setiap kali kemerdekaan itu adalah perlu, namun persoalannya adakah konsert yang dianjurkan oleh pihak tertentu menepati ciri mahupun kehendak sebenar sambutan kemerdekaan itu. Remaja yang tertentu ini lebih gemar untuk berkonsert tanpa ada rasa sekelumit di hati untuk mengerti akan pengertian sebenar konsert itu.. Bak kata orang…..orang jerit MERDEKA….aku pun ikut jeritlah…. namun jeritan itu berbaloi atau tidak…saya bukan orang layak untuk menilainya. Seperti yang dapat kita saksikan sambutan kemerdekaan jelas lari dari landasan sebenar….hiburan mengaburi segala-segalanya. Pihak tertentu menggunakan alasan kemerdekaan untuk mengadakan konsert lantas melarikan prinsip sebenar sambutan kemerdekaan itu sendiri. Lebih menyedihkan lagi…apabila pengisian konsert itu, tidak langsung menjurus kepada kemerdekaan namun lebih kepada bersuka ria semata-mata. Jika ada pun….pengisian hanya untuk sekejap sahaja….tiada yang pasti. Pihak yang berwajib…jalankan tindakan anda…jangan sampai pengertian kemerdekaan itu menyesong dari erti yang sebenar… Ingat pesanan : BUKAN MUDAH UNTUK MEMERDEKAKAN SESEBUAH  NEGARA, NAMUN UNTUK MENGHANCURKANNYA TIDAK SAMPAI SATU KETIKA….

Ikhlas dari : Ignatius John

Suara hari ini…untuk kesenangan hari esok. 🙂

TITIPAN KASIH UNTUK F4T21…

Dah lama nak bercerita pasal tutorial F4T21 nie…tapi belum terbuka hati aku nak bercerita. Tapi semalam aku teringatkan korang semua..rindu nak belajar….rindu nak stay up late bukan nak online tapi sebab nak belajar dan buat tutorial atau tiru report eksperimen orang lain.. Perjalanan di F4T21 dititipkan dengan pelbagai kerenah plus drama, terutama ketika drama ICT4ME…rasanya sebab time tu semua nak tunjuk hebat kot dan time tu kami belum rapat sepenuhnya jadi rasa untuk berkumpul sebagai satu kumpulan dan work together as one team tu belum wujud sepenuhnya.

Pelbagai drama yang berlaku bila dingat kembali rasanya macam bodoh pula. Aku yang muda ini susah nak kawal kak-kak dan abg-abg time tu…( 😛 ). Time tu memang rasa menyampah dengan semua orang sebab xnak bekerjasama lepas tu berlagak sombong pula tu. Tapi kesemua berlaku dengan keadaan begitu juga tanpa mewujudkan rasa permusuhan antara kita. Kata orang, kena hidup professional..kerja adalah kerja dan bila bukan waktu kerja kita adalah kawan.. Habis ICT4ME…..dan selepas tu tak banyak sangat pun benda yang interesting berlaku kat kami cuma waktu tu tutorial F4T21 popular sebab kewujudan seorang insan yang kuat ponteng sampai satu kolej tau.  Semester 1 melabuhkan tirainya begitu sahaja dan menyaksikan satu demi satu kawan-kawan F4T21 meninggalkan kami. Memandangkan semua sibuk dengan persiapan masing-masing untuk PSPM 1 dan MUET….busy la sgt time ini.

Semester 2….membuka jendela…semester kedua di matrikulasi tidak banyak menduga perkara yang tak diingini berlaku. Perkara yang menghighlight F4T21 pun waktu join kawad kaki….tu pun..drama air mata pun byk berlaku.Sebabnya terlalu byk tenaga pengajar so I yang muda nie pun jadi singa cute yang memarahi dorang. Sapa suruh…lepas kena marah…semua ok balik..semua seperti dalam perancangan. For your information…aku memang tak suka nak marah-marah orang dan itu bukan sikap aku..tapi kalau dah sampai kronik…maka berhambur dan tersembur la air liur aku untuk korang…jahat memang jahat tapi untuk kebaikan semua pihak. Tapi orang kata la….drama itu tidak sia-sia malah membuahkan hasil dan kita jadi Naib Johan untuk Kawad Kaki…..dan kenangan di manja rasa akan I sampai bila-bila…..thank untuk Ummie Umairah sebab hadiahkan baju…..suka baju tu…sebab ngam2 kat badan..boleh tayang body (huhuhuhu…seksi ker??)….macam orang kata la…..u guys will never be replaced…..by anyone… Macamana pun….korang tetap satu…dan tiada keduanya…..

SINI….nak juga menyelitkan sebab dan penyebab kenapa aku selalu ponteng……

  1. Kalau aku dah ngantuk sangat pagi-pagi tu ditambah pula dengan kelas or kuliah yang aku tak berapa suka….aku akan extend waktu tidur….lepas tu pura2 berlakon….terover tidur…
  2. Kalau waktu tengahari…..time aku selalunya akan tidur…so bila bangun…segalanya dah kusut masai..air liur basi dah meleleh kat pipi….so aku akan tidur balik…..malas nak cuci muka so tidur balik.
  3. Lepas tu, kalau tiada air…..alasan paling konkrit la…sebab aku malas nak cari air…lepas tu angkut air pergi tandas…..jadi untuk mengurangkan kelenguhan tangan…aku sambung jak tidur.
  4. Alasan seterusnya…kalau aku dah plan something…contohnya…..nak cuci kain….so aku sanggup ponteng untuk menjayakan misi aku….
  5. Paling best punya….kalau aku dah tengok drama korea….semestinya aku akan memonteng kan diri sebab mau kasi habis….(semangat mau kasi abis cite korea)…..
  6. Seterusnya…kalau time lecture phy..dan Sir Zulfadhli yang mengajar….lebih baik aku tidur di bilik…..buang masa ja pun kalau datang…tiada guna pun…
  7. Hahaha…paling last….klu mimpi yang best…..lagi la aku ndak mau bangun….biar la sampai tengahari aku memonteng…yg penting mimpi aku berjalan ja…..bestnyer…..

Lepas tu….aku check di system MIS….jam kredit ponteng…..32 jam……hehehehe

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN YANG MENYAMBUTNYA…… TAHUN PERTAMA BERAYA SEBAGAI BEKAS PELAJAR MATRIKULASI… BUAT YANG BAKAL YANG MENYAMBUNG PELAJARAN KE UNIVERSITI SELAMAT BERAYA DAN SELAMAT BERPACKING-PACKING..

INGAT-INGATLAH AKU DI SINI…….

KUIH RAYA UNTUK AKU ADA TAK??

Sejenak di Bazaar Labuan

So, hari ini berjalan di bazaar Labuan…di sekitar Jalan Dewan.. Jalannya dengan Cik Siti Nurfitriyah dan Datuk Azlan…. Lepas tu mesti ada penjual bazaar kat jerit kat kami untuk membeli di gerai mereka….”tukar selera la abang dan kakak KFC….tak kan ayam je”.  Berjalan-jalan (menghabiskan tenaga je), bukan banyak pun barang makanan yang nak dibeli sebabnya hampir semua makanan sama je. Langsung takde perbezaan, sama je semua gerai..kalau nak beli ayam panggang…masalah terlalu banyak. Nak beli mee goreng, aku pula terlalu cerewet, kalau nak beli kuih. Kuih kegemaran aku pula jarang kena jual..kononnya susah nak dibuat.

Di akhir lawatan, bertemu pula dengan lecturer KML….Miss Amal…n the Geng….  Bak kata orang : Selamat Berpuasa kepada semua……

Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG 

KFC FINANCIAL PARK

  • Kelayakan minimum SPM
  • Mahir berbahasa Melayu
  • Berumur 17 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai ketahanan stamina yang tinggi 


      Antara jawatan kosong 

  • Lobby ( Pelayan )
  • Cashier ( Juruwang)
  • Back-up ( Pembantu Dapur )
  • Cook ( Tukang Masak ) 

     SEKIRANYA ANDA BERMINAT , SILA BERKUNJUNG KE CAWANGAN KAMI, DI KFC UJANA KEWANGAN.