Category Archives: Uncategorized

FOLLOW ME!!

Hey guys….. Baru-baru ini aku “buka” akaun INSTAGRAM setelah berkurun-kurun kawan-kawan aku suggest….jadi aku buka la akaun instagram aku…. Jadi buat pembaca blog aku…. apa kata korang follow aku (perasan artis)….hahahaha. DONT WORRY aku #followback juga…

mypic'P/S: SILA FOLLOW YER…. 

Moving to Bintulu…

IMG_1843

Moving to Bintulu….berat hati nak tinggalkan Labuan bukan sebab apa, sebab dah biasa tinggal kat Labuan. Boleh dikatakan aku dah membesar dan tinggal di Labuan dalam 22 tahun. Masa yang agak lama dan aku dah sebati ngan Labuan. Biarlah orang kata Labuan ini barang mahal, selalu takde air…tapi yang penting aku rasa selesa, selamat dan happy. Orang kat Labuan bersilih ganti perginya, tapi Labuan akan terus berada di keadaannya. Berpindah ke Bintulu sebenarnya atas desakan kerja, dah dapat sini jadi rezeki pun kat sini. Tapi to be truth, orang dekat sini macam sombong. Mungkin la, mungkin sebab aku belum explore sepenuhnya… hahaha. Dah hampir sebulan kat cni, tapi still xdapat adapt very well.. It will take time soon..

PicsArt_1425904495507[1]

Miracle in Cell No.7

Hari itu…time tengah boring, tiba-tiba aku terbaca post kawan aku pasal movie ini yang rasanya tahun lepas baru ditayangkan. Dah beberapa kali aku tangguhkan niat aku untuk menonton movie ini, akhirnya tertengok juga. Tapi aku taklah rasa menyesal sangat sebab jalan cerita dia sangat menarik, cuma aku tak berapa suka ending dia jerr… But anyway…this movie was good and totally recommended for those yang ada family, movie ini sangat sesuai..bole nangis2 gitu… housemate aku menangis tgk benda ini…aku takla pula smpai menangis…mungkin aku kurang feel kott… 

sumber dari.. Cik google… 

Afgan- Jodoh Pasti Bertemu

Pertama kali dengar lagu, terus saya suka dengar… Mungkin lirik dia ada banyak persamaan dengan hidup saya…

Credit to : youtube.com

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

SEMOGA TAHUN MEMBERI SERIBU KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA….

Image

 

DAN BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SAYA YANG BERADA SELURUH MALAYSIA…

SELAMAT MENDUDUKI

PEPERIKSAAN SEMESTER 3 2012/2013

 

 

…IKHLAS DARI SAYA…

APK IS COMING!!!

PLEASE DO VISIT OUR STALL NO.46 IN FRONT OF THE LIBRARY ON THIS MONDAY AND TUESDAY

(19-20TH NOV)

Image

Jawatankuasa Program

Senarai Jawatankuasa Pertandingan Kayak UMS 2011/2012

Pengarah Program : 1. Ignatius Anak John

2.

Timbalan Pengarah : 1. Halimah binti Manja

2.

Setiausaha : 1. Denna Chen Meling

2.

Bendahari :  1. Mas Mulia binti Asmie

2.

Jk. Teks Ucapan, Buku Program dan Perasmian

1. Cheah Mei Ling

2. Fedalialim Lado Anak Mada

3. Muliana bt Asis

 

Jk. Persiapan Pentas dan Khemah

1. Nik Nadiah bt Nik Abdul Khalid

2. Dgku Liyana binti Pg. Yusop

3. Muhammad Afiq bin Rahman ( Backdrop)

 

Jk. Publisiti

1. Margaret Bunga Anak Sentu

2. Nurul Shifa bint Mohdi Shaidy

 

Jk. Pendaftaran ( Urusetia Peserta)

1.  Charlene Billy

2.  Sherona Anna Binti Nicholas

 

Jk. Tajaan

1. Nurhidayuh shafina binti amarisner

2. Siti Nursyakina Bt. Mohamad

3. Voon Ching Yuen

 

Jk. Sumbangan, Hadiah dan Cenderahati

1.  Nur Hamizah Bt Sarafo

2. Christina Amay Noahari

 

Jk. Jamuan

1. Ooi Lee Chin

2. Grazele Jenarun

 

Jk. Kebajikan dan Kecemasan

1. Kuan Sheue Jiun

2. Wee See Wen

 

Jk. Keselamatan

  1. Jacky Anak Jalai
  2. Noor Fadhilah binti Ismail

Jk. Siaraya, Pengacara Majlis dan Bacaan Doa

1. Mohd Fairuz bin Johari

  1. Farah Althira bt Suhinin

Jk. Protokol dan Sambutan

1. Nurul Liyana bt Mohd Yazid

2. Elilarasi A/P Letshmanan

 

Jk. Logistik, Teknikal dan Peralatan

1. Vallerie Anak Robin

2. Issahak bin Bibi

3. Mohd Fazil bin Absid

 

Jk. Pertandingan dan Pengadilan

  1. Liyana Hayatun Syamila Ramlee
  2. Owi Siew Thing

Jk. Kebersihan Tempat

  1. Laimah binti Siwil
  2. Aznera binti Abdullah
  3. Lawrina Timpu

Jk. Rakaman dan Dokumentasi

  1. Maryam Hafiizah
  2. Wong Bao Zhi

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Ahli-ahli Jawatan Kuasa – Kayak UMS 2011/2012

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Ahli-ahli Jawatan Kuasa

1. Pengarah/ Pengerusi

  •  Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan
    aktiviti.
    Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.
  • Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
  • Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.
  • Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan

2. Timbalan Pengarah/ Timb Pengerusi

  • Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
  • Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha

  • Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
  • Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
  • Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program.
  • Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
  • Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat.
  • Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
  • Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
  • Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.
  • Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.
  • Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

4. Bendahari

  • Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
  • Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan.
  • Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan.
  • Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
  • Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik.
  • Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.
  • Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan kejohanan.
  • Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau keduaduanya sekali.

5. Jawatan kuasa Kewangan/ Tajaan – di bawah Bendahari

  • Menerima anggaran perbelanjaan dari jawatan kuasa kecil lain untuk dimajukan kepada jawatan kuasa pusat.
  • Segala permohonan perbelanjaan perlu diluluskan oleh jawatan kuasa pusat terlebih dahulu.
  • Membuat pesanan barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan.
  • Menyediakan surat tawaran (lo) dan baucar bagi urusan pentadbiran dan pengurusan kejohanan.
  • Bertanggungjawab dengan menyimpan bil-bil yang terlibat dan kunci kira-kira dalam kejohanan
  • Mengawal dan menyelia segala perbelanjaan perjalanan kejohanan

6. Jawatan kuasa Peralatan/ Logistik dan Teknikal

  • Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  • Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa pertandingan
  • memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi.
  • Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang.
  • Menempah tempat pertandingan.
  • Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program.
  • Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.
  • Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan.

7. Jawatan kuasa Teknik Pertandingan dan Pengadilan

  • Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  • Memastikan keadaan padang dalam bentuk yang sempurna lengkap dan sedia untuk digunakan.
  • Memberi taklimat kepada para pembantu pertandingan, peralatan dan kemudahan.
  • Mengedar serta mendapat borang penyertaan dari pasukan-pasukan yang bertanding.
  • Mengadakan undian bagi lorong atau acara yang bertanding.
  • Meneliti syarat penyertaan serta memberi pengesahan penyertaan bagi pasukan-pasukan yang bertanding.
  • Memastikan gelanggang yang di bina mengikut ukuran yang betul.
  • Memastikan alatan yang di gunakan mengikut spesifikasi.
  • Menyimpan dan merekodkan keputusan pertandingan.

8.  Jawatan kuasa Buku Program/ Ucapan/Perasmian

  • Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  • Mereka bentuk kulit luar buku program.
  • Mendapatkan bahan dan perkara yang perlu di masukkan atau di muatkan dalam buku program daripada ahli jawatan kuasa kecil lain.
  • Mencadangkan harga-harga iklan serta bekerjasama dengan jawatan kuasa promosi untuk mendapat iklan-iklan untuk di muatkan di dalam buku program.
  • Mendapatkan senarai nama ahli jawatan kuasa serta para pegawai daripada ahli jawatan kuasa yang terlibat untuk dimasukkan dalam buku program.
  • Mendapatkan atur cara majlis dari jawatan kuasa atur cara yang terlibat untuk dimasukkan dalam buku program.
  • Mendapat jadual acara daripada jawatan kuasa teknikal yang terlibat yang terlibat untuk dimasukkan dalam buku program.
  • Mendapatkan kata-kata aluan VIP rujuk kepada jawatan kuasa protokol untuk di muatkan dalam buku program.
  • Menyusun buku program untuk dihantar untuk dicetak dan memastikan buku siap dicetak tepat pada masanya.
  • Menyediakan dan mengedarkan buku program sebelum dan semasa kejohanan.
  • Menyediakan dan menghantar laporan kewangan kepada jawatan kuasa kewangan.

9. Jawatan kuasa Siaraya/Pengacara Majlis/Bacaan Doa

  • Bekerjasama dengan jawatan kuasa protokol bagi menyediakan atur cara pembukaan dengan menentukan: Protokol,Masa,Tempat duduk,Cara masuk para peserta perbarisan, Muzik atau perbarisan,Persembahan
  • Bekerjasama dengan jawatan kuasa teknikal dalam menyusun jadual pertandingan atau atur cara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung.
  • Bekerjasama dengan jawatan kuasa teknikal dalam menyediakan atur cara bagi penyampaian hadiah.
  • Menguruskan keseluruhan perlaksanaan atur cara kejohanan serta bekerjasama dengan jawatan kuasa buku program dan mengedarkan kepada semua yang hadir.
  • Memastikan peralatan audio dan visual berkeadaan baik dan sentiasa boleh digunakan di sepanjang kejohanan.
  • Menyediakan peralatan audio dan visual sepanjang kejohanan terutama ketika perasmian dan penutup.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan.

10. Jawatan kuasa Protokol dan Sambutan

  • Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  • Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau penutup.
  • Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.
  • Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.
  • Menyediakan dan menentukan jadual latihan bagi upacara pembukaan dan upacara penutup.
  • Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk majlis perasmian atau penutup
  • Menyediakan naskhah bacaan ikrar kejohanan.
  • Melantik dan melatih pembaca ikrar kejohanan.
  • Menyediakan teks bacaan doa.
  • Melantik dan melatih pembaca doa.
  • Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain.
  • Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk upacara pembukaan atau penutup kejohanan seperti
    Menjaga kawalan peserta ketika upacara perasmian dan penutup. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk di hantar dan dipertimbangkan kepada Jawatan kuasa kewangan.
  • Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di dalam astaka.
  • Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan jemputan.
  • Menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat, jemputan khas dan segala persiapan untuk keperluan sambutan.
  • Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya.

11. Jawatan kuasa Jemputan/ Publisiti

  • Merangka surat atau kad jemputan ke kejohanan olahraga serta menghantar untuk dicetak.
  • Menulis dan menghantar kad jemputan kepada tetamu kehormat dan jemputan khas.
  • Menjemput dan mendapatkan senarai tetamu kehormat dan jemputan khas yang sepatutnya hadir pada hari penyampaian hadiah.
  • Mengedarkan senarai nama jemputan khas kepada jawatan kuasa hadiah, buku program dan sambutan.
  • Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan.
  • Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat peserta.

ü  Menghebahkan serta mempromosikan butiran berkaitan dengan kejohanan melalui:
–     Poster-poster
–     Kain rentang
–     Iklan-iklan
–     Media cetak dan media elektronik
–     Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan    hebahan mengenai sesuatu kejohanan.
–     Menyediakan maklumat mengenai kejohanan secara ringkas untuk promosi, maklumat perlu terdiri daripada:
–     Jadual Pertandingan
–     Atur cara kejohanan
–     Peta tempat berlangsung

12. Jawatan kuasa Persiapan Pentas dan Khemah

  • Merangka pelan tempat duduk di astaka untuk jemputan khas, pegawai peserta dan jemputan.
  • Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alatan yang diperlukan seperti kerusi, bunga dan lain-lain.
  • Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan
  • Merangka pelan-pelan kedudukan khemah.
  • Menempah atau menghubungi pihak berkenaan untuk mendapat alatan seperti kerusi-kerusi dan peralatan yang berkaitan.
  • Menyusun dan memastikan keceriaan khemah.
  • Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan.

13. Jawatan kuasa Kebersihan

  • Memastikan keadaan padang yang akan digunakan dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan sesudah kejohanan.
  • Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alat yang di perlukan.
  • Menghubungi pihak berkenaan untuk perkhidmatan memungut sampah.
  • Melantik para petugas untuk menjaga kebersihan padang sebelum, semasa dan selepas kejohanan.

14. Jawatan kuasa Keselamatan

  • Memastikan keselamatan peserta terjaga sepanjang program dijalankan
  • Memastikan tempat pertandingan selamat dan tidak mendatangkan bahaya
  • Bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk menjaga keselamatan tempat pertandingan.

Sejarah perkembangan kayak di Malaysia

SEJARAH KAYAK & KANU

 

Definisi Kanu

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu
Perbezaan Kayak dan Kanu

Kayak

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.

Kanu

Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.

Sejarah Perkembangan Kayak

Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Sehubungan itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai.
Oleh hal demikian masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai kanu dugout.

Di Malaysia, nenek moyang kita menggunakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangkan kanu daripada kayu dan dindingnya pula menggunakan kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan kanu Canadian

Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan ini dinamakan Inuit ataupun Kayak Eskimo.

Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. NAmun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA.

Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Seorang yang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia menrangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.

John MacGregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Oleh kerana sering mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau telah menjelajah hamper kesemua sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ciptaannya ini.

Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di TwickenhamEngland. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruhEnglandterutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British. 7 tahun kemudian, kelab ini telah di anugerahkan gelaran Diraja oleh RatuVictoria. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.

Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruhEnglanddan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia.

Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, ‘International Representanten Shaft Des Kanusport’ (IRK) telah ditubuhkandi Copenhagen,Denmarkdengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila Pawlata dariAustriamemperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan ‘Eskimo Roll’ Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik ini bertujuan untuk menaikan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Disinilah bermulanya perkembangan teknik gulangan yang lain.

Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris. Dua belas tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva.
Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara ‘rodeo’.

PERKEMBANGAN KAYAK DIMALAYSIA

Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarahkayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an ‘Penang Canoe and Recreation Club’ telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serataMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruhMalaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.

Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysiatelah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysiamenggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.
Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.

Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di PulauPinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala LUmpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.

Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan ‘War On Water’ di Jeram Besu,manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995.
Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan , atli-atlit kayakMalaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta.SkuadKayakSukanSEA 1997 keJakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arenaSukanSEA.

Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi MAlaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama diAsia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.

 
 

TITIPAN KASIH UNTUK F4T21…

Dah lama nak bercerita pasal tutorial F4T21 nie…tapi belum terbuka hati aku nak bercerita. Tapi semalam aku teringatkan korang semua..rindu nak belajar….rindu nak stay up late bukan nak online tapi sebab nak belajar dan buat tutorial atau tiru report eksperimen orang lain.. Perjalanan di F4T21 dititipkan dengan pelbagai kerenah plus drama, terutama ketika drama ICT4ME…rasanya sebab time tu semua nak tunjuk hebat kot dan time tu kami belum rapat sepenuhnya jadi rasa untuk berkumpul sebagai satu kumpulan dan work together as one team tu belum wujud sepenuhnya.

Pelbagai drama yang berlaku bila dingat kembali rasanya macam bodoh pula. Aku yang muda ini susah nak kawal kak-kak dan abg-abg time tu…( 😛 ). Time tu memang rasa menyampah dengan semua orang sebab xnak bekerjasama lepas tu berlagak sombong pula tu. Tapi kesemua berlaku dengan keadaan begitu juga tanpa mewujudkan rasa permusuhan antara kita. Kata orang, kena hidup professional..kerja adalah kerja dan bila bukan waktu kerja kita adalah kawan.. Habis ICT4ME…..dan selepas tu tak banyak sangat pun benda yang interesting berlaku kat kami cuma waktu tu tutorial F4T21 popular sebab kewujudan seorang insan yang kuat ponteng sampai satu kolej tau.  Semester 1 melabuhkan tirainya begitu sahaja dan menyaksikan satu demi satu kawan-kawan F4T21 meninggalkan kami. Memandangkan semua sibuk dengan persiapan masing-masing untuk PSPM 1 dan MUET….busy la sgt time ini.

Semester 2….membuka jendela…semester kedua di matrikulasi tidak banyak menduga perkara yang tak diingini berlaku. Perkara yang menghighlight F4T21 pun waktu join kawad kaki….tu pun..drama air mata pun byk berlaku.Sebabnya terlalu byk tenaga pengajar so I yang muda nie pun jadi singa cute yang memarahi dorang. Sapa suruh…lepas kena marah…semua ok balik..semua seperti dalam perancangan. For your information…aku memang tak suka nak marah-marah orang dan itu bukan sikap aku..tapi kalau dah sampai kronik…maka berhambur dan tersembur la air liur aku untuk korang…jahat memang jahat tapi untuk kebaikan semua pihak. Tapi orang kata la….drama itu tidak sia-sia malah membuahkan hasil dan kita jadi Naib Johan untuk Kawad Kaki…..dan kenangan di manja rasa akan I sampai bila-bila…..thank untuk Ummie Umairah sebab hadiahkan baju…..suka baju tu…sebab ngam2 kat badan..boleh tayang body (huhuhuhu…seksi ker??)….macam orang kata la…..u guys will never be replaced…..by anyone… Macamana pun….korang tetap satu…dan tiada keduanya…..

SINI….nak juga menyelitkan sebab dan penyebab kenapa aku selalu ponteng……

  1. Kalau aku dah ngantuk sangat pagi-pagi tu ditambah pula dengan kelas or kuliah yang aku tak berapa suka….aku akan extend waktu tidur….lepas tu pura2 berlakon….terover tidur…
  2. Kalau waktu tengahari…..time aku selalunya akan tidur…so bila bangun…segalanya dah kusut masai..air liur basi dah meleleh kat pipi….so aku akan tidur balik…..malas nak cuci muka so tidur balik.
  3. Lepas tu, kalau tiada air…..alasan paling konkrit la…sebab aku malas nak cari air…lepas tu angkut air pergi tandas…..jadi untuk mengurangkan kelenguhan tangan…aku sambung jak tidur.
  4. Alasan seterusnya…kalau aku dah plan something…contohnya…..nak cuci kain….so aku sanggup ponteng untuk menjayakan misi aku….
  5. Paling best punya….kalau aku dah tengok drama korea….semestinya aku akan memonteng kan diri sebab mau kasi habis….(semangat mau kasi abis cite korea)…..
  6. Seterusnya…kalau time lecture phy..dan Sir Zulfadhli yang mengajar….lebih baik aku tidur di bilik…..buang masa ja pun kalau datang…tiada guna pun…
  7. Hahaha…paling last….klu mimpi yang best…..lagi la aku ndak mau bangun….biar la sampai tengahari aku memonteng…yg penting mimpi aku berjalan ja…..bestnyer…..

Lepas tu….aku check di system MIS….jam kredit ponteng…..32 jam……hehehehe