Category Archives: Wanita

ADAB KITA SEBAGAI ORANG TIMUR…

Tertarik di sini untuk merungkaikan tajuk yang saya taip di atas…adab kita sebagai orang timur. Realitinya dunia tertarik dengan kekayaan nilai ketimuran dari pelbagai aspek. Tapi hari ini, saya berminat untuk membicarakan mengenai tutur kata kita sebagai penutur timur. Kalau gadis di Malaysia satu ketika dahulu terkenal dengan tutur kata yang sopan santun dan manis budi bahasanya. Saya mempunyai seorang kawan, yang kalau dilihat dari aspek paras rupa sangat sempurna orangnya tapi apa yang membuatkan saya mahupun kawan yang lain tidak berasa selesa dengan dirinya adalah kerana beliau seringkali mengunakan kata-kata yang bersifat kasar demi untuk menyuarakan perasaan hatinya atau ketidakpuasan hatinya terhadap layanan pekerja dan sebagainya kepada dirinya. Mungkin bagi saya, agak janggal untuk mendengar perkataan sedemikian memandangkan dalam keluarga saya, kami agak jarang menggunakan perkataan sedemikian rupa tetapi bukan bermaksud tidak pernah digunakan cuma agak jarang digunakan. Dalam konteks ini, saya melihat implentasi yang digunakan itu sendiri, adakah perlunya kita untuk mengunakan perkataan sedemikian untuk mengambarkan perasaan amarah kita pada ketika itu atau adakah lebih baiknya jika kita menggunakan perkataan yang lebih sopan supaya orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung atau tidak selesa dengan pengucapan kita. Segalanya berbalik kepada kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bijak untuk memilih yang mana baik dan buruknya. Jadi berbalik kepada asal usul pangkal cerita iaitu mengenai kawan saya. Saya sendiri tidak tahu dimana letaknya rasa malu apabila mengungkapkan perkataan yang tidak manis di dengar, apatah mengunakan perkataan sedemikian rupa di khalayak ramai. Sebagai kawan, sejujurnya saya tidak selesa dengan pengunaan perkataan sedemikian rupa. Dan apa yang pastinya sebagai orang timur, perkataan yang kasar tidak harus wujud di dalam diri kita. Ingat kita diadili dengan perkataan, jika perkataan yang dituturkan itu bersifat kasar, maka pengadilan orang terhadap diri kita adalah kasar begitu sebaliknya. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera, tapi bukan untuk selera makan tetapi selera kita dalam berbahasa. 

Image

YANG KURIK ITU KUNDI

YANG MERAH ITU SAGA

YANG BAIK ITU BUDI

YANG INDAH ITU BAHASA

Advertisements

Luahan rasa secukup rasa……

Dah lama tak update blog ini….sebab busy sangat dengan urusan kerja dan assignment yang melambak….. kepenatan yang biasa di alami oleh seorang pelajar… terkejar ke sana ke mari…..satu perkara biasa… tapi itulah yang menjadi rencah kehidupan aku di sini. bila selalu ke sana ke mari…mengharap makin kurus la…rupanya tidak…aku pula makin kuat makan…hahahaha… tp aku xmakan malam pun…klu hari-hari biasa….. kecuali sabtu dan ahad…. NAK TAU PASAL DIET AKU….bole….pay me first….hahahahaha…

 
Jom bercerita pasal hubungan kekasih ini, sebenarnya aku malas nak bercerita pasal ini tapi disebabkan geram a.k.a rasa menyampah jadi aku bercerita sedikit pasal couple ini. Asalannya tak baik nak membuka pekung orang lain, tapi anggaplah perkara ini sebagai pengajaran buat mereka yang bakal-bakal bercinta. Nasihat aku, kalau cari kekasih baik girlfriend or boyfriend biarlah berpada-pada, jangan seperti main tangkap begitu ja… kelak binasa diri. diceritakan pula, pasal kawan aku ini yang bercinta sakan dengan buah hati dia, sebenarnya pada peringkat permulaan, it doesn’t matter with me…aku ok je.. cuma bila makin lama perasaan menyampah tu wujud dalam diri aku. terus terang aku cakap, i hate your couple..kenapa??? Pertama, adalah menjadi kepantangan aku, bila aku makan dengan kawan aku, dia bercakap dengan buah hati dia..kalau yang face to face tu kira okla….aku boleh terima lagi, ini lain pula, bercakap di telefon bagai nak rak…..aku yang duduk kat depan ko…macam orang bodoh je ko buat…. yang buah hati tu…pula, cuba la memahami keadaan sedikit, tak kan sampai nak 24 jam bertelefon..seolah-olah takde benda nak buat. Lepas tu buat suara cute….aduh!!!!! mau muntah aku….dengar…. “ala..sayang tengah makan…dengan kawan ini”….. tolong la yer….tak perlu la ayat macam tu….mengelikan kan…. itu my first rule….it’s seem to be rude..when you are having our meal with your friend…and after that….you calling with your couple…..tak hormat orang langsung. Kalau benda ini, berlaku cuba elakkan….fahami situasi atau keadaan….tu consider makan tak formal….kalau makan formal…confirm ko dipersilakan keluar dari dewan.

Kedua, pantang aku bila orang bercouple ini, bila boy/girlfriend dia..mengganggu kitaorg yang bergelar kawan kepada pasangannya. kisah ini berlaku, bila boy/girlfriend tak menjawab telefon…or balas sms…kawan pula menjadi biasa…seriously its totally annoyed…..hahahahaha… Jangan anggap kawan anda sebagai messenger kepada perhubungan anda…kalau terkena kat aku…confirm aku siap bagi warning lagi….(jahatkan aku…..), ada aku kesah??? Ayat aku mudah je…”ko ingat aku…ini..guardian angel dia ke…tolong la yer….” Ketiga, kalau boy/girlfriend ko jeles kat aku….aduiii….inilah benda aku paling anti.. kenapa?? Sebab benda inilah yang boleh menjejaskan hubungan aku dengan kawan aku. Aku secara peribadi pernah mengalaminya…boyfriend dia jeles dengan aku….dan you know what was my answer….. ” i don’t interested with your bullshit girl….she is my friend…..why must i stole her…..ewwww…couple dengan kawan…..macam mendedahkan diri pada lubang berbahaya je….hahahahaha… ( your friend…dah tau segala pasal ko…so tak best la klu bercouple)…. kejam kan…hahahaha….ada aku kesah???
Lepas tu..ini kebodohan yang aku selalu tengok..especially girl…sorry to say….kalau dah tahu..yang ko kena kongkong jangan la jadi macam orang yang takde otak…nak teruskan hubungan ko dengan lelaki tu….kadang-kadang aku pula yang terlebih emosi gara-gara benda ini…bukan apa….kenapa nak teruskan hubungan…kalau ko dah merana…. Cinta la tu konon…cinta monyet….tak ke mana juga…lain la kalau serius…ini tak….budak hingusan pula tu….(lantak la…klu dia baca..). Ini semua luahan hati aku..yang jelas membara dan agak panas dengan pasal couple yang mengganggu hidup aku..terutama bila soal urusan persahabatan aku…. that why sometimes aku lebih suka tak kawan orang yang bercouple…sebab akhirnya akan menyusahkan aku juga….. cuma satu jelah…jangan jadi bodoh sebab cinta….. cakaplah…I LOVE YOU….sampai infinity sekalipun….kalau ianya hanya didasarkan perasaan cinta yang kebudakkan….itu. just leave it….buang masa je…… hahahahahaha…..kecian ko…tp ada aku kesah???

 

 

Nilai moral yang hilang…..

Sebenarnya terdetik di hati nak menulis pasal isu ini…bila aku masuk kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia tengahari tadi. Minggu ini kita dah digemparkan dengan pelbagai isu yang paling hangat kes di negara kita sendiri iaitu kes pembuangan bayi dan isu ini makin kritikal apabila bayi itu bukan sahaja dibuang tapi dikerat sehinggakan menampakkan ususnya… Satu pandangan yang tidak mengambarkan kita sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya prihatin dan penuh dengan kasih sayang. Saya sendiri sebagai manusia terkejut dengan tindakan pelajar tersebut dan memikirkan bagaimana dirinya sanggup melakukan perkara itu dan saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keperitan yang dialami oleh bayi tersebut. Bagi saya, biarpun apa juga alasan yang diberikan mahupun kesannya kepada pelajar tersebut, kita tidak layak untuk melakukan perkara sebegitu terhadap orang lain apatah lagi darah daging. Sekiranya tidak mahukan anak itu, letakkan anak itu di tempat yang selamat contohnya di hospital, pusat penjagaan dan bukan bertindak sedemikian. inilah masalah kita, remaja kita..apabila bercinta segalanya soal salah dan betul  diketepikan dan apabila terjadi sesuatu yang diluar jangka….tindakan sebegini pula di ambil…..Kenapa tidak fikir, salahnya dan kesannya ketika melakukan, jangankan sudah terhantuk baru hendak terngadah….nasi sudah jadi bubur. Jangan hanya berfikir tentang keseronokan sahaja..ingat akibat apabila melakukan sesuatu perbuatan yang ternyata akan memberikan kesan buruk. Bila dah terjadi perkara sebegini, nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa, dan lebih mengecewakan lagi diperlakukan sebegitu rupa….itu bukan sikap manusia dan jauh dari norma manusia. Sedangkan haiwan menyayangi anaknya, inikan kita…manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran yang baik….tidak mampu untuk berfikir dengan matang dan baik. Ingat…cerminan masa kini…tidak menjamin segalanya…..jangan kerana perasaan cinta yang membuak terhadap lelaki atau teman lelaki anda…maruah tergadai dan lebih memburukkan lagi jika anda hamil…… Fikirkan……kesan dan akibatnya….Jangan jadi buta…kerna godaan dunia.

7 Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia

7 Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia

 1.Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang).
Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia dijuluki “family matriarch” yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.
2.Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang).
Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.
3.Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang).
Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico.Pak ciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan “Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.
4.Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang).
Wanita ini menjadi gangster kerana rasa sedih akibat saudaranya ditangkap pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan bisnes milik saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), yaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.
5.Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang).
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka.Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga Licciardi adalah pelacuran di Camorra.Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis kode peraturan yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran.
6.Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang).
Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan obat bius yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia menjalankan bisnesnya untuk memberikan pendidikan bagi anak-anaknya.
7.Griselda Blanco (status tidak diketahui sampai sekarang).
Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat dia tinggal dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia menembak anak itu.Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulai kariernya dalam penyelundupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk menghindari tuduhan mahkamah.
Di sanalah dia meletakkan dasar bagi Miami untuk menjadi ibukota kokain di Amerika Syarikat.Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama kariernya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia dideportasi kembali ke colombia dan tidak pernah dilihat sejak itu.

Baca Lebih Lanjut: http://socialcute.blogspot.com/2011/03/7-gangster-wanita-paling-terkenal-di.html#ixzz1U4mxcOc4