Blog Archives

AKHIRNYA AKU KONVO JUGA….

KONVOKESYEN UMS KE 16 (2014) 

Hasil usaha penat lelah belajar dari zaman SPM, MATRIKULASI dan yang terakhir di peringkat DEGREE… hari ini tanggal 22,23,24 November 2014…aku berjaya konvo!!! tapi yang sedihnya berpisah dengan kawan-kawan.. Masing-masing bawa haluan masing-masing, ada yang memilih untuk bekerja..ada pula yang memilih untuk menyambung pelajaran. Tapi biar apapun..KIMIA INDUSTRI UMS 2011/2014 tetap di hati buat selamanya… Yang pastinya aku akan rindu segala jenis drama yang aku pernah terlibat dalam universiti.. PENGALAMAN itu mematangkan kita!!! Rindu genk Jemah!! Everyday hang out!! hahaha… 

konvo 3

with Tanti..Lynn…Akmal

konvo 2

Bergambar dengan parents aku….

konvo 1

Amalina, Ain, Tanti, Lynn

Harap dapat jumpa dengan dorg lagi…… maybe hang out and talk about our past!!! hahaha…. 

Friendship…..that last forever

Terima kasih semua…terima kasih kerana memberikan sokongan kepada aku yang saat ini masih lagi bersedih atas keputusan yang aku dapat. Apapun hidup harus diteruskan juga..suka atau tidak, perkara itu sudah terjadi dan aku tidak boleh terus menyalahkan diri aku sendiri atas apa yang berlaku, mungkin bukan rezeki untuk aku mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat matrik. aku sedar di saat inilah.ramai yang datang menghulurkan bantuan, memberikan kata-kata semangat kepada diri aku untuk kembali berdiri dan terus menghadapi dugaan dalam hidup. bahkan ada juga yang mencadangkan beberapa jurusan untuk aku ambil, dan aku menghargainya. Mungkin dari aspek luaran aku nampak tenang tetapi dari dalamnya. nyata jiwa aku bergolak, hendak menangis namun tangisan tanpa airmata…. kata-kata kawan aku..bukan universiti yang menjadi kayu ukur kejayaan seseorang tetapi diri kita sendiri. Oleh itu, hari ini aku berjanji kepada untuk bangun biarpun pedihnya masih ada. Buat kawan-kawanku terima kasih banyak dan keluarga..terima kasih kerana memahami aku.