Blog Archives

Mengambil risiko?


“Admin executive sengkek tu pula buat cerita cakap aku nie makan gaji buta”

                  Risiko yang terbesar yang pernah aku ambil dalam sejarah hidup aku. Actually aku dah bekerja hampir  5 months, and should be next month aku akan “confirmation” dengan company ini. Dan selama hampir 5 bulan, aku bergelut dengan diri sendiri dari aspek nak membiasakan diri dengan keadaan sekeliling, di tambah lagi dengan keadaan kerja yang always have to standby 24/7 non-stop, membuatkan aku rasa payah untuk adapt myself. Mungkin kalau melibatkan soal kerja, aku rasa takde masalah kott, since I’m used to stress because of work but to make it’s worse, I xbole claim overtime, or any related to my work termasuk la claim transportation which are supposed to be covered by the company.

                    Aku rasa aku rugi dalam RM500++  everymonth dan di tambah dengan keadaan aku yang tak dapat claim overtime, just allowance yang berharga RM40.00 membuatkan aku rasa sangat-sangat rugi. Aku punya gaji kalau dah tolak semuanya adalah tinggal RM1700, belum lagi sewa bilik, makan dan minum dan termasuk transportation, mmg aku payah la nak survive dengan gaji macam ini. Tekanan dari management jangan cakaplah, menangis tu memang sebahagian daripada cara aku melepaskan geram. Geram bukan sebab apa, sebab kadang-kadang mereka memilih untuk tidak memahami aku, sebabnya aku agak limited untuk bergerak ke sana dan ke mari memandangkan aku takde kenderaan sendiri lagipun aku baru ja lepas grad, nak beli kereta memang payah la, sebab tak dapat nak menyimpan. Jadi solusinya, aku bergantung dengan kenderaan macam teksi dan teksi sapu.

.  67078_456749764394631_1896321406_n

                Dekat sini, pengangkutan awam sangatlah menyedihkan rasanya macam susah nak dapat… Bila ko dah bergantung dengan teksi, memang tinggi la kosnya tapi terpaksa. Setiap kali aku turun kerja or ada kerja luar, kira-kira RM60 akan terbang dari poket aku. Kiranya kalau 10 kali aku ada kerja luar, korang kira la sendiri.. kira hangus duit kat situ. Bila nak claim…admin executive pula banyak songeh, cakap ini tak boleh claim. Dia tak tau apa yang aku rasa, duit tu kottt….bukan air… Lepas tu bila aku takde kerja luar, so duduk la kat office untuk buat kerja lain, jadi bila kerja ko dah settle mestilah ko nak rehat kan. Admin executive sengkek tu pula buat cerita cakap aku nie makan gaji buta… hmmm…rasa nak tampar jer mulut perempuan puaka tu..tapi aku terpaksa bersabar..

                   SABAR untuk lebih 5 bulan, menjadi kurang sabar bila part aku nak bercuti, cuti untuk aku ambil test JPJ. Seperti biasa, aku akan apply seminggu lebih awal sebab tak nak ada masalah. Ok cuti dah approved!! Lepas dah approve..tiba-tiba dengan senang hati mereka nak cancel cuti aku tu… sangat menduga kesabaran aku… Tapi disebabkan aku ni jenis degil, aku teruskan juga. Lagipun cuti aku dah approve! Actually dah second time benda ini berlaku, dan aku dah rasa menyampah! Haritu time aku cuti, tiket flight semua dh beli dengan senangnyer boss suruh cancel. Hmm, mmg dah kencang time tu. Jadi setelah berfikir panjang, berbincang dengan family dan kawan-kawan; tanggal 21hb aku menyerahkan surat perletakan jawatan dengan 7 hari notis bermaksud 29hb akan jadi hari terakhir. Lokasi kerja aku, rasanya korang tau kot…

Oh ya….untuk pengetahuan korang, aku tak layak untuk dapat MEDICAL TREATMENT dari panel klinik company, aku pun tak tau kenapa”

Sekian untuk luahan perasaan kali ini….

wpid-img_20150318_203400

TITIPAN KASIH UNTUK F4T21…

Dah lama nak bercerita pasal tutorial F4T21 nie…tapi belum terbuka hati aku nak bercerita. Tapi semalam aku teringatkan korang semua..rindu nak belajar….rindu nak stay up late bukan nak online tapi sebab nak belajar dan buat tutorial atau tiru report eksperimen orang lain.. Perjalanan di F4T21 dititipkan dengan pelbagai kerenah plus drama, terutama ketika drama ICT4ME…rasanya sebab time tu semua nak tunjuk hebat kot dan time tu kami belum rapat sepenuhnya jadi rasa untuk berkumpul sebagai satu kumpulan dan work together as one team tu belum wujud sepenuhnya.

Pelbagai drama yang berlaku bila dingat kembali rasanya macam bodoh pula. Aku yang muda ini susah nak kawal kak-kak dan abg-abg time tu…( 😛 ). Time tu memang rasa menyampah dengan semua orang sebab xnak bekerjasama lepas tu berlagak sombong pula tu. Tapi kesemua berlaku dengan keadaan begitu juga tanpa mewujudkan rasa permusuhan antara kita. Kata orang, kena hidup professional..kerja adalah kerja dan bila bukan waktu kerja kita adalah kawan.. Habis ICT4ME…..dan selepas tu tak banyak sangat pun benda yang interesting berlaku kat kami cuma waktu tu tutorial F4T21 popular sebab kewujudan seorang insan yang kuat ponteng sampai satu kolej tau.  Semester 1 melabuhkan tirainya begitu sahaja dan menyaksikan satu demi satu kawan-kawan F4T21 meninggalkan kami. Memandangkan semua sibuk dengan persiapan masing-masing untuk PSPM 1 dan MUET….busy la sgt time ini.

Semester 2….membuka jendela…semester kedua di matrikulasi tidak banyak menduga perkara yang tak diingini berlaku. Perkara yang menghighlight F4T21 pun waktu join kawad kaki….tu pun..drama air mata pun byk berlaku.Sebabnya terlalu byk tenaga pengajar so I yang muda nie pun jadi singa cute yang memarahi dorang. Sapa suruh…lepas kena marah…semua ok balik..semua seperti dalam perancangan. For your information…aku memang tak suka nak marah-marah orang dan itu bukan sikap aku..tapi kalau dah sampai kronik…maka berhambur dan tersembur la air liur aku untuk korang…jahat memang jahat tapi untuk kebaikan semua pihak. Tapi orang kata la….drama itu tidak sia-sia malah membuahkan hasil dan kita jadi Naib Johan untuk Kawad Kaki…..dan kenangan di manja rasa akan I sampai bila-bila…..thank untuk Ummie Umairah sebab hadiahkan baju…..suka baju tu…sebab ngam2 kat badan..boleh tayang body (huhuhuhu…seksi ker??)….macam orang kata la…..u guys will never be replaced…..by anyone… Macamana pun….korang tetap satu…dan tiada keduanya…..

SINI….nak juga menyelitkan sebab dan penyebab kenapa aku selalu ponteng……

  1. Kalau aku dah ngantuk sangat pagi-pagi tu ditambah pula dengan kelas or kuliah yang aku tak berapa suka….aku akan extend waktu tidur….lepas tu pura2 berlakon….terover tidur…
  2. Kalau waktu tengahari…..time aku selalunya akan tidur…so bila bangun…segalanya dah kusut masai..air liur basi dah meleleh kat pipi….so aku akan tidur balik…..malas nak cuci muka so tidur balik.
  3. Lepas tu, kalau tiada air…..alasan paling konkrit la…sebab aku malas nak cari air…lepas tu angkut air pergi tandas…..jadi untuk mengurangkan kelenguhan tangan…aku sambung jak tidur.
  4. Alasan seterusnya…kalau aku dah plan something…contohnya…..nak cuci kain….so aku sanggup ponteng untuk menjayakan misi aku….
  5. Paling best punya….kalau aku dah tengok drama korea….semestinya aku akan memonteng kan diri sebab mau kasi habis….(semangat mau kasi abis cite korea)…..
  6. Seterusnya…kalau time lecture phy..dan Sir Zulfadhli yang mengajar….lebih baik aku tidur di bilik…..buang masa ja pun kalau datang…tiada guna pun…
  7. Hahaha…paling last….klu mimpi yang best…..lagi la aku ndak mau bangun….biar la sampai tengahari aku memonteng…yg penting mimpi aku berjalan ja…..bestnyer…..

Lepas tu….aku check di system MIS….jam kredit ponteng…..32 jam……hehehehe