Blog Archives

ADAB KITA SEBAGAI ORANG TIMUR…

Tertarik di sini untuk merungkaikan tajuk yang saya taip di atas…adab kita sebagai orang timur. Realitinya dunia tertarik dengan kekayaan nilai ketimuran dari pelbagai aspek. Tapi hari ini, saya berminat untuk membicarakan mengenai tutur kata kita sebagai penutur timur. Kalau gadis di Malaysia satu ketika dahulu terkenal dengan tutur kata yang sopan santun dan manis budi bahasanya. Saya mempunyai seorang kawan, yang kalau dilihat dari aspek paras rupa sangat sempurna orangnya tapi apa yang membuatkan saya mahupun kawan yang lain tidak berasa selesa dengan dirinya adalah kerana beliau seringkali mengunakan kata-kata yang bersifat kasar demi untuk menyuarakan perasaan hatinya atau ketidakpuasan hatinya terhadap layanan pekerja dan sebagainya kepada dirinya. Mungkin bagi saya, agak janggal untuk mendengar perkataan sedemikian memandangkan dalam keluarga saya, kami agak jarang menggunakan perkataan sedemikian rupa tetapi bukan bermaksud tidak pernah digunakan cuma agak jarang digunakan. Dalam konteks ini, saya melihat implentasi yang digunakan itu sendiri, adakah perlunya kita untuk mengunakan perkataan sedemikian untuk mengambarkan perasaan amarah kita pada ketika itu atau adakah lebih baiknya jika kita menggunakan perkataan yang lebih sopan supaya orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung atau tidak selesa dengan pengucapan kita. Segalanya berbalik kepada kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bijak untuk memilih yang mana baik dan buruknya. Jadi berbalik kepada asal usul pangkal cerita iaitu mengenai kawan saya. Saya sendiri tidak tahu dimana letaknya rasa malu apabila mengungkapkan perkataan yang tidak manis di dengar, apatah mengunakan perkataan sedemikian rupa di khalayak ramai. Sebagai kawan, sejujurnya saya tidak selesa dengan pengunaan perkataan sedemikian rupa. Dan apa yang pastinya sebagai orang timur, perkataan yang kasar tidak harus wujud di dalam diri kita. Ingat kita diadili dengan perkataan, jika perkataan yang dituturkan itu bersifat kasar, maka pengadilan orang terhadap diri kita adalah kasar begitu sebaliknya. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera, tapi bukan untuk selera makan tetapi selera kita dalam berbahasa. 

Image

YANG KURIK ITU KUNDI

YANG MERAH ITU SAGA

YANG BAIK ITU BUDI

YANG INDAH ITU BAHASA

Advertisements

KITA Merdeka??

Sempena dengan kemerdekaan negara…pihak penulis iaitu saya ( Ignatius John)..mengambil kesempatan ini hendak menitipkan pandangan penulis mengenai kemerdekaan negara . Dan apa yang penting….jangan hanya pandai melaung MERDEKA……..sebanyak 7kali mahupun seribu kali…dan jika tidak ada pengertian mengenai kemerdekaan, tidak guna kesemua laungan tersebut.

Sebenarnya saya sendiri secara peribadinya agar gusar mengenai pengisian kemerdekaan dalam kalangan masyarakat kita. Bukannya berniat hendak membetulkan perancangan sesetengah pihak tetapi apa yang pihak penulis dapat saksikan mahupun perhatikan, pengisian kemerdekaan itu lebih bersifat retorik ataupun sikap sesetengah yang menganggap sambutan kemerdekaan bersifat perayaan merencatkan pengisian kemerdekaan yang sebenar. Yakni saya di pihak penulis ingin menegur sikap sesetengah pihak yang sememangnya mengerti akan seruan kerajaan dalam pengisian kemerdekaan dan contohnya adalah pengibaran jalur gemilang. Program kibarkan jalur gemilang merupakan rencana yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun apa yang menyedihkan adalah apabila seruan itu disahut dengan satu hasrat untuk meraih populariti semata-mata. Bendera dikibar di kenderaan mahupun di rumah…namun apakah yang mengibarkannya mengerti akan makna sebenar seruan kerajaan tersebut ataupun anda mengibarkan bendera hanyalah bersikap hangat-hangat tahi ayam. Jika benar menyintai negara, jangan hanya pada bulan kemerdekaan sahaja, bendera kebanggaan kita dikibarkan.

Persoalan utama di sini adalah sejauh manakah kita dinilai tahap patriotisme dalam diri kita. adakah dengan mengibarkan bendera, kita dikatakan bersikap patriotisme. Bagaimana pula dengan pihak yang tidak mengibarkannya? Secara peribadinya, saya di pihak penulis…tidak mengibarkan bendera Malaysia pada tahun ini… Kenapa? Kerana saya percaya bahawa jika saya tidak mengibarkan tidak bermakna saya tidak menyayangi Malaysia. Adalah perlu dingatkan bahawa pengertian kemerdekaan mahupun rasa cinta terhadap negara dizahirkan secara berbeza-beza namun apa yang pasti REMAJA MASA KINI SEMEMANGNYA CINTA AKAN NEGARA namun cara yang ditunjukkan adalah berbeza. jadi tidak wajar jika diperkatakan generasi masa kini sudah luntur nilai kemerdekaan. Jangan begitu mudah menghukum mahupun menyimpul kata tanpa melihat akan realiti yang sebenarnya.

Rakan 1 :” Eh…tahun ini..ada konsert ka di dataran…”

Saya : “tiada…kenapa jua…”

Rakan 1 : “aisehh…..boring ba mcm nie…tiada konsert…cuba la buat konsert ba..syiookkk…”

Inilah realiti sebenar, kerana lama sudah disuapkan dengan konsert kemerdekaan semata-mata maka konsert bagi setiap kali kemerdekaan itu adalah perlu, namun persoalannya adakah konsert yang dianjurkan oleh pihak tertentu menepati ciri mahupun kehendak sebenar sambutan kemerdekaan itu. Remaja yang tertentu ini lebih gemar untuk berkonsert tanpa ada rasa sekelumit di hati untuk mengerti akan pengertian sebenar konsert itu.. Bak kata orang…..orang jerit MERDEKA….aku pun ikut jeritlah…. namun jeritan itu berbaloi atau tidak…saya bukan orang layak untuk menilainya. Seperti yang dapat kita saksikan sambutan kemerdekaan jelas lari dari landasan sebenar….hiburan mengaburi segala-segalanya. Pihak tertentu menggunakan alasan kemerdekaan untuk mengadakan konsert lantas melarikan prinsip sebenar sambutan kemerdekaan itu sendiri. Lebih menyedihkan lagi…apabila pengisian konsert itu, tidak langsung menjurus kepada kemerdekaan namun lebih kepada bersuka ria semata-mata. Jika ada pun….pengisian hanya untuk sekejap sahaja….tiada yang pasti. Pihak yang berwajib…jalankan tindakan anda…jangan sampai pengertian kemerdekaan itu menyesong dari erti yang sebenar… Ingat pesanan : BUKAN MUDAH UNTUK MEMERDEKAKAN SESEBUAH  NEGARA, NAMUN UNTUK MENGHANCURKANNYA TIDAK SAMPAI SATU KETIKA….

Ikhlas dari : Ignatius John

Suara hari ini…untuk kesenangan hari esok. 🙂