Blog Archives

Bermulanya semester baru

Photo0797

Setelah sebulan bercuti..akhirnya penggal semester ke 4 dibuka kini.  Tak sabar nak mulakan semester 4, memandangkan dengan bermula semester 4 ini, bermaksud tinggal satu tahun lagi sebelum aku bergraduasi, penamat kepada semua beban. Waktu ini, aku dah sibuk berfikir apakah tajuk untuk projek final nanti. Masih lagi terkial-kial untuk memilih bidang untuk tahun ketiga nanti. Tapi buka penggal semester ini,banyak pula yang berlaku kat rumah aku. Sekarang ini kalau cuci kain atau mandi, air akan melimpah keluar sampai dekat kawasan tangga, teringin nak adukan masalah kat pihak yang berwajib tapi macam agak mustahil untuk dilayan memandangkan ini adalah semester terakhir kami semua di KKIP ( menurut dari sumber yang 50/50, kononnya KKIP akan berpindah, cuma tidak pasti di mana tempat kami akan dipindahkan). Lampu bilik air baru semalam dibaiki, nasib baik dibaiki kalau tidak satu semester kami bergelap.

Photo0801 Lantai yang sentiasa basah, jadi terpaksa di lap dan disapu airnya.. Leceh tapi terpaksalah juga.

 

 

Photo0799Pekerja-pekerja kontraktor yang memulakan tugas membaik pulih bekas-bekas rumah pelajar untuk kegunaan pihak seterusnya… Semestinya akan merindui perumahan ini, satu hari nanti. Cukup untuk isu rumah dan KKIP…harapan untuk semester ini supaya aku akan lebih berjaya berbanding semester lepas dan yang pasti dapat menumpukan lebih kepada pembelajaran di universiti. 🙂

 

 

 

Advertisements