Blog Archives

INTERVIEW…APA YANG PERLU!

Lepas graduate another work that we need to prepare adalah resume. Kalau bole resume yang kita guna, tidak perlu terlalu padat, paling kurang dalam 3 mukasurat. Lepas tu “LAMPIRAN” xperlu sampai nak 10 keping sijil… apa yang penting korang letak, transkrip akademik, salinan ic, skroll ijazah, keputusan spm dengan apa yang relevan. Sijil waktu ikut apa-apa program xperlu dilampirkan tapi cukuplah sekadar ko bawa salinan original.. “TIDAK PERLU SALINAN”… Lepas tu pasal “GAJI”.. kalau bole elakkan dari letak nilai gaji yang melampau-lampau. Kita kan “FRESH GRADUATE”, jadi memandai la kalau diletakkan dalam range RM2000 ke bawah dan yang paling penting sila letakkan “BOLEH DIRUNDING”, supaya majikan ko tau. Aspek pemakaian, kalau aku la…aku memang akan email tempat aku nak interview tu, supaya aku tahu apa dressing code dorang..tapi untuk “PLAY SAFE”, pakailah pakaian formal, jangan selekeh…lepas tu “DATANG AWAL”, sejam lebih awal…takut tersesat.. haha. And finally kalau resume korang dalam “BAHASA INGGERIS”, sila la berkomunikasi dalam “BAHASA INGGERIS” juga. Lepas tu sebelum terlupa… jangan lupa study pasal “BACKGROUND” company tu, sekurang-kurangnya kalau dia bertanya, ko tak la terkebil-kebil nak menjawab. Semoga berjaya!

AKHIRNYA AKU KONVO JUGA….

KONVOKESYEN UMS KE 16 (2014) 

Hasil usaha penat lelah belajar dari zaman SPM, MATRIKULASI dan yang terakhir di peringkat DEGREE… hari ini tanggal 22,23,24 November 2014…aku berjaya konvo!!! tapi yang sedihnya berpisah dengan kawan-kawan.. Masing-masing bawa haluan masing-masing, ada yang memilih untuk bekerja..ada pula yang memilih untuk menyambung pelajaran. Tapi biar apapun..KIMIA INDUSTRI UMS 2011/2014 tetap di hati buat selamanya… Yang pastinya aku akan rindu segala jenis drama yang aku pernah terlibat dalam universiti.. PENGALAMAN itu mematangkan kita!!! Rindu genk Jemah!! Everyday hang out!! hahaha… 

konvo 3

with Tanti..Lynn…Akmal

konvo 2

Bergambar dengan parents aku….

konvo 1

Amalina, Ain, Tanti, Lynn

Harap dapat jumpa dengan dorg lagi…… maybe hang out and talk about our past!!! hahaha…. 

Industrial Chemistry between Chemical Engineering?

The difference between industrial chemistry and chemical engineering such as industrial chemists make use of their broad understanding of chemistry and environmental sustainability in areas like pharmaceutical companies, polymer manufacturing, petrochemical processing, food science, and manufacturing industries while a chemical engineer deals with the whole process of changing raw materials into a useful, marketable product, an industrial chemist would look specifically at the nitty gritty science stuff, scrutinising the chemical components and designing a ‘method’ for the product then work out the best way to make it. The industrial chemist precedes the chemical engineer in the process of bringing something to market.

For more information on Industrial Chemistry, you can find on website.

1. http://www.ums.edu.my/sst/index.php/programmes/industrial-chemistry

credit to : http://www.engineering.unsw.edu.au/chemical-engineering/industrial-chemistry (texts and differences on industrial chemistry and chemical engineering.

Tahun Akhir di UMS Sabah

Tahun 2013..merupakan tahun akhir untuk aku di UMS Sabah.. sepanjang tiga tahun di UMS, banyak mengajar aku tentang segenap perkara. Dari aspek kewangan sampailah kepada sahabat. Kalau kewangan, di universiti ini agak susah sikit sebab dekat dengan 1 Borneo, jadi selalulah kaki ini menjejakkan di sana, hang out sekejap sahaja pun..bukan shopping just cuci mata..

Image

Gambar yang aku ambil guna bb aku… tak cantik pun

Kalau bab pengurusan masa, i’m still the worst..waktu aku tengah menaip ini pun…i’m supposed to be busy with my final year year project…tapi disebabkan aku sudah berhari-hari menghadap laptop, aku jadi bosan. Jadi curi sekejap masa, menulis pasal tahun akhir aku di UMS Sabah…

Image

Jadual FYP aku… sekarang ini tgh edit slide..

Kalau pasal persahabatan, benda ini banyak menguris hati aku tahun ini. Aku tidak tahu mengapa, ramai orang terasa dengan aku terutama sekali bila part aku tidak melayan atau keluar jalan-jalan dengan mereka. Terus terang aku katakan, aku ini kadang-kadang ingin bersendiri, ingin merenung masa depan sendiri atau aku dalam keadaan mood yang tidak baik lantas aku malas nak melayan orang lain sebab aku takut aku terbawa-bawa emosi dalam bercakap nanti. Tapi apakan daya, orang tak pernah belajar untuk memahami kita, tapi terus menjatuhkan hukuman terhadap kita.. Disebabkan itu, aku menjadi dingin dengan orang begini, dan paling memburukkan keadaan bila memburukkan aku di facebook, dan yang pasti aku ingat sampai bila-bila kata orang tu yang menyamakan aku dengan anjing… bahkan mengatakan anjing lebih baik daripada aku.. Serius aku cakap, seteruk-teruk aku dihina, tapi menyamakan aku dengan anjing, adalah satu tindakan yang melampau dan bagi aku, pintu untuk bersahabat untuk orang yang begitu sudah tertutup untuk selamanya. Dan, kini aku rasa bebas sebab aku tak perlu nak jaga hati siapa-siapa. Aku bebas nak masuk dalam group yang aku suka tanpa aku perlu fikir pasal orang tu..

Image

Ayat ini macam betul jer bunyi dia….hehehehe….

Bermulanya semester baru

Photo0797

Setelah sebulan bercuti..akhirnya penggal semester ke 4 dibuka kini.  Tak sabar nak mulakan semester 4, memandangkan dengan bermula semester 4 ini, bermaksud tinggal satu tahun lagi sebelum aku bergraduasi, penamat kepada semua beban. Waktu ini, aku dah sibuk berfikir apakah tajuk untuk projek final nanti. Masih lagi terkial-kial untuk memilih bidang untuk tahun ketiga nanti. Tapi buka penggal semester ini,banyak pula yang berlaku kat rumah aku. Sekarang ini kalau cuci kain atau mandi, air akan melimpah keluar sampai dekat kawasan tangga, teringin nak adukan masalah kat pihak yang berwajib tapi macam agak mustahil untuk dilayan memandangkan ini adalah semester terakhir kami semua di KKIP ( menurut dari sumber yang 50/50, kononnya KKIP akan berpindah, cuma tidak pasti di mana tempat kami akan dipindahkan). Lampu bilik air baru semalam dibaiki, nasib baik dibaiki kalau tidak satu semester kami bergelap.

Photo0801 Lantai yang sentiasa basah, jadi terpaksa di lap dan disapu airnya.. Leceh tapi terpaksalah juga.

 

 

Photo0799Pekerja-pekerja kontraktor yang memulakan tugas membaik pulih bekas-bekas rumah pelajar untuk kegunaan pihak seterusnya… Semestinya akan merindui perumahan ini, satu hari nanti. Cukup untuk isu rumah dan KKIP…harapan untuk semester ini supaya aku akan lebih berjaya berbanding semester lepas dan yang pasti dapat menumpukan lebih kepada pembelajaran di universiti. 🙂

 

 

 

Menahan perasaan marah….

Kalau boleh tahun ini nak belajar mengawal emosi…. tapi hari ini tanggal 10/01/2013 jam 01:23am.. tak tahu la manusia mana yang tak pandai menghormati orang lain…. Buat bising..hentak-hentak kaki. Kalau budak-budak, aku boleh terima lagi tapi ini dah bergelar siswa. Perangai yang langsung tak mengambarkan ciri-ciri seorang siswa. Agak-agak la ckit kalau nak buat bising tu pun…. Dah la rumah ini ada 10 penghuni, ambil kira perasaan orang lain. Aku tak bising pasal housemate haram yang ko bawa pun…dah kira ok!! Sebab tu aku prejudis sedikit golongan sebegini. Bukannya nak berlagak dengan apa yang kita ada.. Tapi kalau nak dibanding beza…golongan begini sememangnya tidak reti bagaimana nak menghormati orang lain. Bagi dorang, semua orang sama sahaja… 

Dulu time Tahun pertama pun macam tu jugak…golongan dari kelompok yang sama jugak yang suka buat bising. Mungkin KOS yang kamu ambil di universiti ini terlalu mudah..tapi tolonglah hormati orang lain. Sebab bagi saya….rumah ada tempat yang paling tenang dan satu-satunya tempat yang kita boleh menenangkan perasaan. 

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

SEMOGA TAHUN MEMBERI SERIBU KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA….

Image

 

DAN BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SAYA YANG BERADA SELURUH MALAYSIA…

SELAMAT MENDUDUKI

PEPERIKSAAN SEMESTER 3 2012/2013

 

 

…IKHLAS DARI SAYA…

ADAB KITA SEBAGAI ORANG TIMUR…

Tertarik di sini untuk merungkaikan tajuk yang saya taip di atas…adab kita sebagai orang timur. Realitinya dunia tertarik dengan kekayaan nilai ketimuran dari pelbagai aspek. Tapi hari ini, saya berminat untuk membicarakan mengenai tutur kata kita sebagai penutur timur. Kalau gadis di Malaysia satu ketika dahulu terkenal dengan tutur kata yang sopan santun dan manis budi bahasanya. Saya mempunyai seorang kawan, yang kalau dilihat dari aspek paras rupa sangat sempurna orangnya tapi apa yang membuatkan saya mahupun kawan yang lain tidak berasa selesa dengan dirinya adalah kerana beliau seringkali mengunakan kata-kata yang bersifat kasar demi untuk menyuarakan perasaan hatinya atau ketidakpuasan hatinya terhadap layanan pekerja dan sebagainya kepada dirinya. Mungkin bagi saya, agak janggal untuk mendengar perkataan sedemikian memandangkan dalam keluarga saya, kami agak jarang menggunakan perkataan sedemikian rupa tetapi bukan bermaksud tidak pernah digunakan cuma agak jarang digunakan. Dalam konteks ini, saya melihat implentasi yang digunakan itu sendiri, adakah perlunya kita untuk mengunakan perkataan sedemikian untuk mengambarkan perasaan amarah kita pada ketika itu atau adakah lebih baiknya jika kita menggunakan perkataan yang lebih sopan supaya orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung atau tidak selesa dengan pengucapan kita. Segalanya berbalik kepada kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bijak untuk memilih yang mana baik dan buruknya. Jadi berbalik kepada asal usul pangkal cerita iaitu mengenai kawan saya. Saya sendiri tidak tahu dimana letaknya rasa malu apabila mengungkapkan perkataan yang tidak manis di dengar, apatah mengunakan perkataan sedemikian rupa di khalayak ramai. Sebagai kawan, sejujurnya saya tidak selesa dengan pengunaan perkataan sedemikian rupa. Dan apa yang pastinya sebagai orang timur, perkataan yang kasar tidak harus wujud di dalam diri kita. Ingat kita diadili dengan perkataan, jika perkataan yang dituturkan itu bersifat kasar, maka pengadilan orang terhadap diri kita adalah kasar begitu sebaliknya. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera, tapi bukan untuk selera makan tetapi selera kita dalam berbahasa. 

Image

YANG KURIK ITU KUNDI

YANG MERAH ITU SAGA

YANG BAIK ITU BUDI

YANG INDAH ITU BAHASA

APK IS COMING!!!

PLEASE DO VISIT OUR STALL NO.46 IN FRONT OF THE LIBRARY ON THIS MONDAY AND TUESDAY

(19-20TH NOV)

Image

Program Khemah Kerja Pewaris Muda Perdana 1 Malaysia Peringkat Sabah 2011

Siaran tertunda : Program ini berlangsung dari 22-24hb Disember 2011

Program ini adalah program kedua yang aku sertai di KKIP nie…..selepas Program Khidmat Masyarakat di Kg Unggun Jaya, Sepanggar. Sebenarnya aku agak teruja untuk menyertai program ini memandangkan merantau dan meng”explore” suasana kampung. Perjalanan ke Kg. Kuala Abai mengambil masa hampir 1 jam setengah dan sepanjang perjalanan banyak pemandangan menarik dapat dilihat sebagai sajian mata. Keindahan yang harus dikekalkan untuk tatapan generasi masa hadapan. Sepertimana yang aku cakap, perjalanan memang menyeronokkan..tapi tiba-tiba bertukar cemas…. hahahaha…. Sebab? Aku tak tahan nak terkencing..sampai sahaja di Pusat Latihan Khidmat Negara, Kota Belud..terus aku berlarian mencari tandas dan misi dilaksanakan. Moralnya, jangan minum banyak air. Sesampai di Kg Kuala Abai, disambut seperti VVIP. Aku melihat riak wajah masyarakat Kampung yang menerima kami..amat teruja dan pengalaman aku pula yang pertama menjejakkan kaki ke kampung ini sebab kebanyakkan kampung yang biasa lawat semua dah jadi moden. Tenang dan mendamaikan. Hari pertama, agak cuak dengan keadaan tandas dan tempat mandinya, maklumlah pertama kali….. Agak susah untuk membiasakan diri apatah lagi dilayan bagaikan puteri..eh salah dilayan bagaikan putera… Keluarga ini banyak mengajar tentang nilai kekeluargaan dan saling menyayangi antara satu sama lain.. Harta benda bukanlah segalanya..dan tidak menjamin kebahagiaan….apa guna ada wang tapi kebahagiaan tu jelas tiada…… Hari kedua pula dihabiskan pada waktu paginya dengan aktiviti senam seni..best sgt…hehehehe.. Belajar tarian manuk manuk malukun… A new dance for me…but nice…. then…we are being given a chance to spend a time with family so they decided to bring me to seashore enjoying a nice scenery of Kota Belud….my words..is WHOA!!!! A nice place to get away from hectic life in Kota Kinabalu especially as a student… During night…we are enjoying our self…Pentarama, an entertainment form….. And finally Last Day is the best of all…we dance till we drop…hahahahaha…i can’t forget today and forever …. Bila tengok orang berpisah dengan family masing-masing, ada pula yang sedih. Mungkin aku tidak menampak rupa fizikal kesedihan yang aku alami tapi biarlah di hati jak yang mengetahui 🙂

 

Setinggi tahniah untuk semua yang menganjurkan program Anak Angkat, medium terbaik mendedahkan pelajar kepada kehidupan bermasyarakat. Tahniah Jabatan Penerangan Sabah, Jabatan Penerangan Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah

DAN paling penting Kolej Kediaman Indah Permai UMS….terutama sekali

Pengetua Kolej Kediaman Indah Permai : Prof Madya Dr Piakong Tuah,

YDP JAKMAS IP : Marina Matusop