Blog Archives

ADAB KITA SEBAGAI ORANG TIMUR…

Tertarik di sini untuk merungkaikan tajuk yang saya taip di atas…adab kita sebagai orang timur. Realitinya dunia tertarik dengan kekayaan nilai ketimuran dari pelbagai aspek. Tapi hari ini, saya berminat untuk membicarakan mengenai tutur kata kita sebagai penutur timur. Kalau gadis di Malaysia satu ketika dahulu terkenal dengan tutur kata yang sopan santun dan manis budi bahasanya. Saya mempunyai seorang kawan, yang kalau dilihat dari aspek paras rupa sangat sempurna orangnya tapi apa yang membuatkan saya mahupun kawan yang lain tidak berasa selesa dengan dirinya adalah kerana beliau seringkali mengunakan kata-kata yang bersifat kasar demi untuk menyuarakan perasaan hatinya atau ketidakpuasan hatinya terhadap layanan pekerja dan sebagainya kepada dirinya. Mungkin bagi saya, agak janggal untuk mendengar perkataan sedemikian memandangkan dalam keluarga saya, kami agak jarang menggunakan perkataan sedemikian rupa tetapi bukan bermaksud tidak pernah digunakan cuma agak jarang digunakan. Dalam konteks ini, saya melihat implentasi¬†yang digunakan itu sendiri, adakah perlunya kita untuk mengunakan perkataan sedemikian untuk mengambarkan perasaan amarah kita pada ketika itu atau adakah lebih baiknya jika kita menggunakan perkataan yang lebih sopan supaya orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung atau tidak selesa dengan pengucapan kita. Segalanya berbalik kepada kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bijak untuk memilih yang mana baik dan buruknya. Jadi berbalik kepada asal usul pangkal cerita iaitu mengenai kawan saya. Saya sendiri tidak tahu dimana letaknya rasa malu apabila mengungkapkan perkataan yang tidak manis di dengar, apatah mengunakan perkataan sedemikian rupa di khalayak ramai. Sebagai kawan, sejujurnya saya tidak selesa dengan pengunaan perkataan sedemikian rupa. Dan apa yang pastinya sebagai orang timur, perkataan yang kasar tidak harus wujud di dalam diri kita. Ingat kita diadili dengan perkataan, jika perkataan yang dituturkan itu bersifat kasar, maka pengadilan orang terhadap diri kita adalah kasar begitu sebaliknya. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera, tapi bukan untuk selera makan tetapi selera kita dalam berbahasa.¬†

Image

YANG KURIK ITU KUNDI

YANG MERAH ITU SAGA

YANG BAIK ITU BUDI

YANG INDAH ITU BAHASA

Advertisements

Kehidupan di Universiti

 

 

 

 

 

Minggu pertama selepas orientasi……..

 

Keseronokan sebab tak banyak kelas…kalau adapun kena cancel je pun…so kebanyakan masa di habiskan untuk mengemas dan mencantikkan bilik di samping mengemaskini semak daftar kelas….. Setelah berhempas pulas bersusah payah…main saham berebut kos dengan orang lain akhirnya berjaya memperoleh kelas kokum…SUKAN KENU..hahahahahaha. Keseronokan aku..tahap gaban…sebab memang benda yang paling aku minat dan tahu…. Minggu nie juga..aku belajar tentang mengenal perangai dan sikap manusia yang tak habis sebab menghakimi orang lain atas dasar yang berat sebelah…bencinya!!!! Dua hari tidak bertegur…hehehehehe…. Lepas tu…..ketension disebabkan susah sangat nak dapat bas kalau di Indah Permai..syurga memang la syurga tapi…merana sangat….sudah keboringan yang sangat…..

 

 

Minggu kedua di Universiti Malaysia Sabah……

 

 

Tugasan assignment aku makin bertambah…tutorial pulak belum aku siapkan…sebabnya aku termalas nak membuat kerja… Tak sanggup nak balik IP ( indah permai) di sebabkan kebosanan yang teramat sangat…. Lepas tu isu dengan housemate yang tak sudah-sudah…..bukan tak suka..cuma tidak suka dengan kawannya tu..yang macam tak ada bilik sendiri nak tidur…. I need some privacy please…i don’t expect to see people, hang out at my house and doing nothing…macam kutu je….tak pandai balik langsung…..I hate that part…I hate to hate people but people always make it easier for me to hate them…. I LOVE PRIVACY and I think you also need some privacy too..so respect my privacy so that I can respect you too….WIN WIN Situation….